Saturday, December 19, 2009

4th anniversary ibu dan daddy

11 December 2009. Kali ke-2 Iman sambut anniversary perkahwinan ibu dan daddy. ini anniversary ke-4. Seperti biasa agenda kita makan-makan. Cuma kali ni jauh sikit kedai makannya, di Melbourne.  Adress  kedai, Alaisya Turkish Restaurant, 555, Sydney Road. 
Semua enjoy makanan turki. Ibu harap sampai bila-bila Iman sentiasa ada tiap kali anniversary ibu dan daddy. (ibu tahu, iman semakin dewasa, mungkin satu hari nanti tak ada peluang macam sekarang) Sebenarnya daddy yang  tak sampai hati nak makan makanan special tanpa anak. Kami pernah cuba cuba 2 kali makan di restoran. Tanpa Iman! konon-konon nak romantic berdua-duaan. Kesudahannya, kami makan dengan cepat dan tak ada selera :(
Jadi iman kena tahu Daddy ingat Iman sentiasa walaupun kadang-kadang tak dapat luangkan masa dengan kita.



Tuesday, December 8, 2009

Holiday at victoria Australia






Iman ke Melbourne bercuti selain meraikan Pak Ngah yang baru habis belajar. Tahniah Dr Pak Ngah :) Sementara Pak Ngah ada sisa-sisa cuti, bolehlah beramah mesra dengan iman, jadi tourist guide Ibu dan Daddy. Thanks ya! Ntah bila Iman dapat jumpa Pak Ngah lagi, sebab dah mula kerja di sana. Insya'allah kita jumpa lagi dengan gelaran Iman yang baru "kakak Iman".

Tuesday, November 24, 2009

basikal baru




Ini basikal baru beli di Mydear Warehouse Sale pada 7/11/09. Sebelum ni Iman guna basikal roda tiga macam push car beli di tempat yang sama juga tahu lepas. Sampai saja rumah, sibuk terus naik basikal walaupun tak tahu mengayuh lagi. Punya gigih belajar sampai 2 pagi baru tidur.  Bangun saja tidur, basikal lagi.. basikal lagi... basikal lagi!  Hari ke-2, ibu dan daddy sakit pinggang sebab asyik gilir-gilir kena tolak iman :( Hari ke-3 pandai  pun kayuh :)

Saturday, November 21, 2009

belajar pasal tranport



Kemanapun Ibu dan Daddy bawa Iman selalunya ada saja untuk dipelajari. Selain dari gambar-gambar kami juga tunjuk kenderaan yang sebenar kalau ada kesempatan. Umur setahun setengah iman dah tau sebut "tractor". Ini sebab rancangan "bob the builder". Sekarang macam-macam lagi tahu termasuk kren yang biasa kat tapak pembinaan. Tapi ibu masih tak boleh bezakan iman sebut "train dan kren".. hahah. iman sebut macam sama jer. Van dan bus pun iman boleh keliru sebab kadang-kadang van tulis "bas sekolah". Sekarang kalau tanya soalan Iman pernah naik apa? jawapan dia jadi panjang sebab nak cerita semua kenderaan yang dia pernah naik dan ditokok tambah imiginasi naik roket dalam cerita "little einsteins" dan macam-macam lagi yang boleh menyedapkan jalan cerita :)

Kebetulan masa balik kampung ada kesempatan melihat pelbagai kenderaan lain. Maka bertambah lah lagi idea Iman bila bercerita tentang kenderaan.


 tiba-tiba heli turun dekat kampung?


Danga Bay berpesta buih


ulangkaji, iman pernah naik di zoo


ulangkaji jugak, feri


sail boat @ Sail Malaysia Darwin Langkawi Passage 2009


inilah "anak daddy"







Wednesday, November 18, 2009

30 minit KL to JB

Ini 1st time balik kampung johor naik kapal terbang. 6:00am dah angkat Iman dari katil. Pakai baju tidur saja sampai LCCT. 7:40am gerak ke kapal terbang, 8:20am sampai Johor. Lain kali kalau Iman dan ibu sahaja  balik kampung, kita gunakan perkhidmatan ni je lah. murah dan cepat :)




Wednesday, November 11, 2009

Bila ibu bisa memilih


Anakku...
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar
karena mengandungmu
Maka ibu akan memilih mengandungmu?
Karena dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan
kebesaran Allah

Sembilan bulan nak...
engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak
karena kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak
nyaman, karena ibu  kecewa dan berurai air mata

Anakku...
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi
caesar, atau ibu harus
berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Karena menunggu dari jam ke jam, menit ke menit
kelahiranmu Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu
pintu surga
Karena kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan ke luar ke dunia
sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum diantara peluh dan erangan rasa
sakit, Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia

Saat itulah...
saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan adzan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati
tentang junjungan kita
Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku...
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau
harus bangun tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Karena dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu
dengan tetesan-tetesan dan tegukan tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu didada ibu
dalam kantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak
bisa rasakan

Anakku...
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku...
Hidup memang pilihan...
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak...
Maafkan ibu...
Maafkan ibu...
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu kepingpun bagian puzzle kehidupan
kita yang hilang
Percayalah nak...
Sepi dan ranamu adalah sebagian duka ibu
Percayalah nak...
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu...
 



From : Ratih Sanggarwati (Ratih Sang)

Friday, November 6, 2009

70 sen untuk daddy :(

Hari ni Iman bangun awal, nak sarapan dengan Daddy sama-sama. Sebelum Daddy keluar rumah macam biasa salam, peluk dan cium. Tapi hari ni ada lebih sikit, Iman keluarkan duit 70 sen dari poket untuk dengan pesanan  "Daddy beli diaper pants eh". Daddy pun ambik duit tu sambil cakap "ok nanti daddy belikan". Ini semua rentetan diaper pants dah habis tinggal diaper biasa sejak semalam dan ibu kata "ibu tak ada duit nak beli" Tujuan sebenarnya nak ajar dia tak pakai diaper. Tapi ibu salah teknik , macam dah tipu Iman walaupun tu cuma alasan. Lepas ni ibu kena cakap yang sebenar. 

Dengan kelakuan Iman macam ni, ibu rasa Iman dah besar sangat. Seingat ibu sejak dari kecil Iman memang kenal duit dan tak pernah nak masukkan syiling dalam mulut. Bila jumpa syiling mesti pungut masuk tabung atau bagi daddy.sampai sekarang tak paham kenapa tak nak bagi ibu Umur 6 bulan Iman memang dah diajar masukkan duit dalam tabung. Selain tu kalau ke kedai, sejak boleh pegang duit  lagi dah diajar bayar pada cashier. Sekarang ni , kalau bayar guna cash memang Iman sibuk nak bayar. Kalau tak bagi akan terdengarlah jeritan kuat yang menarik perhatian ramai "iman nak bayar! iman nak bayar".
Maknanya Iman dah faham semua barang kat kedai kena bayar, sebab itu setiap kali keluar rumah Iman dan bersedia dengan duit dalam poket seluar ataupun dalam beg sandangnya. Bila dia nak sesuatu yang perlu dibayar dan kita kata tidak, Iman akan jawab "iman ada duit".

Sekarang Iman kena cepat belajar kira duit ya, supaya tahu berapa jumlah nak bayar. Tak adalah ibu asik kena tambah duit syiling yang Iman bawa setiap hari :)


Wednesday, October 28, 2009

melihat dan mendengar

Ini perkara asas dan paling simple untuk  kanak-kanak belajar  termasuk iman  yang dah masuk 31 bulan. Sekarang ni Iman paling suka ikut ibu masuk dapur. Mula-mula perhatikan ibu buat dan lepas tu mesti nak cuba buat. Bila Iman mintak air milo dia mesti  cakap "  iman nak nok" iman nak nok" (nak tengok) . Pada mulanya ibu malas nak layan sebab bersepah, lambat dan risau air panas. Daddy pulak kata, Ibu tak boleh sekat kreativiti iman sebab dia dalam proses belajar. Jadi kami pun layankan saja kalau Iman berminat beberapa perkara. Antaranya, tolong tuang beras dalam   periuk, masukkan milo dalam cawan dan tuang sendiri susu segar atau susu krim, kacaukan air kopi daddy dalam cawan, tuang air sendiri dalam cawan, asalkan semuanya dalam kawalan ibu atau daddy.
Hasilnya,
 -Iman tahu buat milo kecuali air suam yang ibu akan tuangkan. Iman pun tahu air panas berbahaya. Dia akan kata "ibu ini air hot, iman takut" (ini air panas kan  ibu, iman  tak boleh main) .
-Prosedur masak nasi. Iman akan tolong  ibu masukkan dua pot beras dalam periuk sebelum ibu masak.
-buang sampah dalam tong sampah sahaja.  
-kemas pinggan dan cawan sendiri lepas makan dan letak atas meja seperti yang dilihat.

Sekarang Ibu faham kenapa masa Ibu kerja dulu Daddy kata "duit boleh cari, tapi tak mahu terlepas melihat pengalaman anak membesar di depan mata". "kalau daddy sibuk, sekurang-kurangnya anak-anak ada ibu untuk mengadu". Sejak itu dengan rela hati ibu berhenti kerja makan gaji dan terima tawaran kerja baru iaitu "pengurus rumahtangga". Ibu tak menyesal, malah bersyukur dengan apa yang dikurniakan kerana tak semua orang dapat peluang seperti ibu. Insya'allah ibu berusaha dan berdoa semua yang terbaik untuk iman dan adik-adik iman nanti :).
                  

Monday, October 26, 2009

Lagu birthday medly

Tadi malam iman dan daddy nyanyi lagu Happy birthday to Ibu. Masa nyanyi dengan daddy tu, merdu jugak la ibu dengar ada paduan dua suara anak beranak ni. Last year Iman tak reti nyanyi lagi. This year iman bukan saja tau menyanyi malah boleh menggabungkan lagu. Mungkin kalau dibiarkan terus menyanyi macam-macam lagu lagi digabungkan. Ini lyric lagu happy birtday iman untuk ibu malam tadi masa tanpa bimbingan daddy


"Happy birthday to you
happy birtday to you
aaaa...twinkle-twinkle little star
how i wonder what u are "....
...happy birthday ibu"



Friday, October 23, 2009

masalah diaper?

Iman dah pandai ambil dan pakai sendiri diaper. Tiap kali nak berak pun siap bagitau awal nak ke toilet. Itu petanda baik untuk tidak pakai diaper lagi! Masalahnya sampai toilet iman nak "membuang" dalam diaper dulu, then dah habis semua baru nak duduk kat tandas tu untuk dicuci! Apa masalahnya iman :(

Saturday, October 17, 2009

Ini kite!




Iman kata "ini kite"
Ibu kata "layang-layang ibu tak nampak, tapi tali layang-layang tu memang nampak real" :)

Friday, October 16, 2009

lagi-lagi swimming!

Sama saja perangai Iman masa swimming dari baby sampai dah 2 tahun setengah ni. Tiap kali keluar kolam mesti menangis-nangis. Tapi, kali ni Iman pakai baju mandi baru. Ini saiz 3 tahun, body tu  dah fit, tapi part skirt tu dalam gambar baru ibu terperasan singkat pulak!


Seperti biasa, tiap kali swimming rumah Tok Wan, Daddy yang akan teman Iman. Ibu tak mau temankan sebab ibu sendiri tak tau swimming. Daddy pun memang rajin teman anak dara dia ni. Buktinya, kali ni mandi daddy teman Iman mandi sampai 7.30 malam. Seperti biasa sesiapa yang mandi dengan Iman akan kesejukan dulu berbanding Iman yang tahan sejuk sampai kecut tangan.



posing dengan baju baru


siang lagi



dah malam!


tangan iman dah kecut!

Wednesday, October 14, 2009

Jam



Walaupun iman belum tahu tengok jam, entah kenapa di suka sangat kat jam ni. belum bayar dah bukak plastik dan guna :) . Jam ni kosnya cuma RM6 di Kinokuniya, KLCC.

I love phonics

Ini aktiviti book terbaru Iman beli bulan lepas. Sebelum ni adalah ibu beli 2-3 jenis dan buat aktiviti di internet. Ibu rasanya sekarang ni Iman dah sesuai beli aktiviti book phonic. Sebab iman dah lulus semua sebutan phonic A-Z sejak umur 2 tahun. Walaupun iman lebih suka belajar guna komputer mungkin sebab lebih interactive. Ibu beli juga buku sebab lebih senang dibawa ke mana-mana. Sebelum ni cari-cari juga di MPH, tapi tak jumpa pulak buka yang simple dan murah macam ni. Ibu dan Iman beli sama-sama di kedai buku Boardes Times Square. Harga Asal RM2.90 dan ada diskaun 20%.
Sebab murah jadi ibu beli terus satu set buku phonic 1-6 dan 2 buku lagi belajar menulis huruf besar dan kecil. Semua 8 buku ni kosnya cuma RM18.40.






Iman jawab semua betul, tapi yg garisan tu ibu buat.



Inilah contoh Iman mewarna

Dora world adventure!








beg sheep

Buku Dora ni beli di kedai buku Kinokuniya KLCC pada 10/10/09 lepas. Ntah kenapa sejak umur dua tahun ni Iman suka dengan watak Dora dan Diego. Selipar pun pakai Dora jugak! Pencil tulis pun nak Dora jugak! Ibu setuju beli buku ni pun sebab Iman boleh belajar guna binocular dan ada slide yang boleh ditukar ikut situasi dalam buku tu.
Sebelum ke Kinokuniya, ibu ke I Setan dan offer beg sandang Dora pada iman, dia jawab "Iman tak nak la bu, Iman dah ada beg sheep" (alhamdulillah dah pandai berjimat :) ke beg tu tak lawa)
Lepas tu Ibu ke Parkson lalu sebelah kedai promosi baju mandi, Iman jerit "ibu nak mandi, ibu nak mandi"
Kebetulan baju mandi Iman memang dah ketat sebab guna dari baby, jadi ibu pun belilah jugak. Jadi, peruntukan  shopping ibu yang daddy bagi hari ni RM200, habis semua utuk Iman :( daddy ganti balik ek 

belajar cut & paste

2 minggu lepas daddy dapat diskaun 20% untuk semua buku yang dibeli di MPH. Seperti biasa buku Iman tidak ketinggalan selain buku daddy yang sentiasa ada yang baru . tak larat ibu kemas! .
Iman sangat suka stiker dan biasanya setiap buku yang ada stiker akan mula digunakan sebaik sahaja daddy habis bayar di kaunter dan sampai di rumah sambung habiskan semua. Maka, kali ini ibu fikir nak ajar iman potong dan tampal. Jadi ibu cuba beli  2 buku silibus kumon sebab gambar-gambarnya  menarik dan colourful.

Paling penting sebelum ajar anak kecil  potong kertas, guntingnya mestilah khas dari material plastik. Jadi taklah boleh melukakan kalau terkena jari. Iman tak reti gunakan gunting lagi, tapi ibu baru ajar masukkan jari dan biasakan dia gerakkan gunting tu. buat masa ni Ibu tolong potongkan gambar dan Iman letak gam dan tampal. Sebab sangat suka tampal gambar, (sebenarnya suka main gam kot)  hari pertama guna buku tu terus 8  aktiviti dia buat. Itupun ibu dah sembunyikan buku tu. Kalau tidak boleh habis satu buku tu sehari!




tulis date dulu


gigih belajar pegang gunting beserta dengan muncung mulut


nak gambar lain pulak!



pegang gunting pun terbalik, akhirnya ibu yang buat :)




Thursday, October 8, 2009

"iman sayang Ibu"

Hari ni iman bagi ibu tonton TV3. Rancangan Ole-ole bersama Chef Wan. Biasanya asyik berebut dengan ibu nak tonton Playhousedisney rancangan yang Iman sebut "cici mouse oh os" (Mickey mouse club house).  Walupun rancangan masak, tapi amat menyentuh perasaan sebab Chef Wan masak di rumah orang kurang upaya. Ada yang tua, ada yang muda. Ibu ternangis dan keluar air mata! (kememeh kan)
tiba..tiba.. iman bawa tisu dan kata "ibu anan anish"... iman sayang ibu sambil peluk siap tepuk belakang lagi.  
ahhhh.. ibu jadi lagi emo.. sob-sob. anak kecil dua tahun setengah dah paham emosi ibunya!
Tapi ibu tak terkejut perlakuan iman tu, sebab kalau Iman menagis tak tentu pasal. Ibu kadang-kadang (tercubit tu selalu) dan daddy sentiasa akan buat perkara yang sama. peluk..peluk..peluk dan cakap "iman jangan nagis, daddy sayang iman"

Wednesday, September 30, 2009

-ve influenza A

7  Syawal iman dah mula menunjukkan panas badan. Ibu tak risau sangat sebab biasanya body  Iman recover sendiri. Lagipun Iman still aktif seperti biasa. Syawal 8, Iman mula merengek-rengek dan selsema. Bawa ke Hospital Az- Zahrah sebab PAED benama Dr. Nik selalu rawat iman bila tak sihat. Malangnya klinik kanak-kanak tutup. Pilihan lain mungkin ke UKMSC, jumpa Dr. Rahmah rasat tapi dr ni selalu kami jumpa kalau ambil imunisasi atau beri nasihat pemakanan pada Iman. So tangguhkan saja esok hari isnin untuk ke Az-zahrah. Sementara itu pantau panas badan Iman sendiri di rumah dan bagi suposutori ikut dos. Keesokannya pulak Iman dah start batuk. Bila demam, selsema, batuk dah ada ibu tambah risau. Jadi pagi 28/09/09 terus ke Az-zahrah dan Dr nik cadangkan untuk buat test Influenza A sebab hingus iman nampak pekat. Alhamdilillah -ve. dan kos untuk ujian tu RM75, masa menunggu 15 minit.


Monday, August 17, 2009

Seminggu tanpa susu

Alhamdulillah.. iman dah habis mood merengek-merengek ingat susu! Leganya ibu :) Selera makan pun dah semakin bertambah. Dulu tak nak makan sebab susu ibu dah cukup mengenyangkan agaknya. Insya'allah, ibu berazam untuk adik beradik iman seterusnya, ibu akan bagi susu yang sama macam iman. Paling tidakpun dua tahun. Amin

Friday, August 14, 2009

Nak Tidur Sendiri

Malam ni Iman menagis-nangis tak nak matikan lampu bilik sebelum tidur. Pujuk-pujuk pun tak jalan. Rupanya dah tak nak tidur atas katil dengan Ibu dan daddy! Nak tidur tempat sendiri. Iman memang dah ada bilik tidur, tapi selama ni bila Ibu suruh tak nak pulak dia tidur situ. Malam ni sukarela pulak nak tidur sendiri. Hairan jugak..tapi alhamdulillah. Maknanya ibu dah ada banyak ruang atas katil. Selama ni ruang katil dibahagi tiga sebab Iman tak nak tidur dalam playpan dan susu badan tiap malam.

Perlakuan Iman memang tak boleh diramal. Apa yang ibu rasa susah untuk dia, senang pulak jadinya. Contohnya berhenti minum susu ibu mudah untuk dia. Asingkan tidur pun senang jugak. Semua guna "ayat-ayat cinta" daddy. Maklumlah dalam minggu ni ibu daddy selalu puji dia dah besar dan kadang-kadang panggil dia "kakak Iman".

Esok ibu nak kemas bilik Iman, biar bersih dan cantik. Mungkin akan beli katil baru untuk Iman. Ibu dah pergi survey sebenarnya katil yang siap rak buku beberapa bulan lepas. Cuma tinggal hantar "proposal" pada Daddy :) Jadi Iman mesti lagi suka bilik sendiri nanti. Boleh baca buku banyak-banyak buku sebelum tidur. Macam sekarang ibu kena paksa bawa buku dari bawah ke bilik tidur.

Wednesday, August 12, 2009

Baju Raya untuk 1430 hijrah

Baju kurung raya iman in progress. Tadi dah siap gunting hari ni, so esok atau lusa insya'allah siap. Beli kain cotton bercorak bunga inggeris dari Jackel. Last year warna coklat, this year warna hijau. Sungguh mencabar menjahit sambil dibantu Iman. Tangan iman lagi laju dari tangan Ibu! Kerana kerajinan iman yang mencabar ibu, maka ibu rasa sempat jahit sepasang saja baju kurung Iman. Lagi satu nak beli. Sebab daddy tak suka ibu sibuk menjahit masa Ramadhan. Semua shopping hari raya nak prepare awal.Baju gaun smocking pun ibu dah tempah awal 2 pasang warna putih dan biru. Corak smoking ibu pilih sendiri dari majalah yang Pak Ngah Iman belikan di Melbourn.
Ini dah hari ke-3 Iman tanpa susu ibu. Alhamdulillah semuanya lancar. Merengek pun semakin kurang kecuali masa nak tidur. Kalau ikut pengalaman kawan lain yang, mungkin seminggu baru anak betul-betul hilang ketagih susu tu. Semoga Iman tabah hadapi kenyataan terpaksa tinggalkan susu ibu :)

Tuesday, August 11, 2009

Stop susu ibu

Ini dah hari kedua Iman tak minum susu ibu. Bila nak tidur Iman merengek tanpa sebab, nampak dia macam sebak sendirian. Mungkin Iman ingat bila dia dah tak minum susu, ibu dah kurang peluk-peluk dan sayang dia. Jadi sepanjang dua hari Iman tak minum susu ibu ni, Ibu dan Daddy kena peluk, cakap sayang dia, cium, layan baca buku extra dari hari-hari biasa. Ini sebab nak Iman rasa ibu sayang sangat Iman walaupun dah tak meyusu.
Iman agak tabah hadapi kenyataan tapi masalahnya, ibu pulak sedih tengok Iman bila tengah sebak layan perasaan.

Ibu dan Daddy juga suprised. Iman berhenti menyusu lebih mudah dari kami bayangkan. Memandangkan Ibu berhentikan Iman menyusu secara tiba-tiba. Bukannya kurangkan kekerapan penyusuan seperti yang biasa dilakukan. Idea dan pujukan semalam Daddy pada Iman sangat bernas. Daddy just berbual dengan Iman baik-baik sambil peluk-peluk beritahu yang antaranya:

1) Iman dah besar tak perlu minum susu Ibu, budak besar minum pakai cawan.
2)Start hari ni kita Minum guna cawan (start 6 bulan iman memang minum air guna cawan)
3)Ibu pun dah cukup bagi Iman susu sampai 2 tahun lebih
4)Tengok, kesian Ibu. Ibu dah penat. Tak larat nak angkat iman. Berat.

Ada macam-macam perkara lagi yang daddy bualkan pada Iman tapi Ibu tak ingat macam mana. Tapi Ibu tengok Iman dengar apa Daddy cakap sambil mata berkaca-kaca. Airmata tak tumpah pun. Haaa..kesiannya Iman :( bayangkan terpaksa lupakan rutin hariannya sepanjang hampir dua tahun setengah. Ibu terfikir budak kecil pun boleh lupakan rutin menyusunya yang berpuluh-puluh kali sehari, kenapa orang dewasa susah nak tinggalkan tabiat merokok.


Monday, August 3, 2009

Flowers are Red ?

Lagu ni iman suka dan boleh nyanyi corus. Daddy yang belikan album "Allah Knows" masa iman setahun.

Flowers are Red
(Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha
& Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla),
Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said�
"You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said�
"It's for your own good�
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"

Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

Sunday, August 2, 2009

aktifnya iman

Iman boleh diam waktu tidur saja. Masa lain semua anggota bergerak. memandangkan ibu tak ada banyak masa nak update, ringkaskan saja apa progress iman sekarang.

Berimiginasi
Rajin sangat berimiginasi. sambil makan pun boleh berangan. lauk ikan boleh jadi "airplane" (word ni iman sebut betul), ayam, dinosour dan macam-macam lagi. Sebab tu iman makan paling cepat setengah jam.
Kadang-kadang boleh juga berangan jadi ibu, princess, fisherman, teacher dan macam-macam lagi.

Baca buku
Iman suka buku. Daddy pun sama. Sebab tu iman lagi suka daddy baca sebab daddy baca lebih beremosi. Ibu bukan tak suka baca, tapi iman suruh ibu baca semua buku yang ada kat rak non stop! Ibu cuba ajar iman atur masa. Ada masa rehat, ada masa baca buku. Sebab tu iman kena pandai baca cepat.. lepas ni boleh baca sendiri.

Al-barqi
Iman nak belajar baca al-quran. Jadi ibu cuba kaedah Al-Barqi. Macam alphabet phonic jugak kaeadahnya. Alhamdulillah iman cepat faham. Sekarang baru stage-1.
Jadi , semua tulisan yang ada huruf arab, di frame, plastik makanan, sign board, apa-apa yang dia nampak Iman akan sebut mcm dia belajar kat buku al-barqi

Perbualan
Perkataan iman sebut bertambah banyak. Dah boleh diajak berbual walaupun kadang-kadang Iman repeat balik apa ibu cakap. Ayat pun dah lengkap. Ayat paling best minggu ni. "daddy cepat solat"

Spelling
Kalau boleh semua benda yang iman suka nak di eja. Pengaruh kartun word world agaknya. Selipar dalam toilet pun Iman cuba eja sendiri dalam sebutan phonic. C, L, P, R (slipper). ni kira dah 50 percent betul. D, D, Y (daddy). Y, O (yoyo).

Susu Ibu
Iman tak nak berhenti susu ibu lagi. Ini paling membimbangkan ibu :(
Susu ibu hampir tiada. Ni kes ketagih. Iman dah boleh minum freash milk. Tapi nak tido, mesti cari susu ibu jugak!



Wednesday, June 24, 2009

Dino Trek2, KLCC

Rasanya iman dah boring belajar guna buku. Jadi ibu paln nak bawa Iman tengok Dinosour. Jadi 17/6/2009 after lunch kami ke KLCC. Rasanya ke Petrosains tak sesuai lagi sebab nak round semua lama. Dino Track ni dalam 1 jam dah habis pusing. Seperti biasa, kita berdua saja hari ni. Mcm-macam dinosour ada. Cuma masa belajar mewarna macam dinosour dalam komputer, Iman tanya ibu "barney mana"? ibu tak sempat fikir jawapan tepat :( ibu kata "barney tidur kat rumah dia". Iman pun baru ingatkan ibu, barney tu memang dinosour kan.



Tuesday, June 9, 2009

nenek! nenek!.. basah?

Sebelum tidur, macam biasa ibu daddy dan iman lepak-lepak dulu sambil baca buku atau majalah atas katil. Tapi malam tadi iman nak tengok majalah Anjung Seri, edisi Jun 2009. Tiba-tiba Iman tengok satu mukasurat dan cakap "nenek, nenek, basah mandi"
Ibu dan daddy pun tengok apa yang Iman baca. Rupanya ada satu iklan perkhidmatan membina rumah guna gambar dan halaman rumah nenek (Tok Mama). Yang basah mandi tu maksudnya kolam renang ;) sebab iman tek reti cakap swimming pool lagi.
Maknanya Iman memang memerhati secara terperinci setiap gambar. Dan tak sangka Iman memang boleh agak dengan tepat itu gambar rumah Tok Mama walaupun gambar tu diambil sebelum iman lahir lagi. Malunya, ibu dah baca majalah tu banyak kali tapi tak perasan pun!

Sunday, June 7, 2009

Ayam 1, 2,3.....banyak!

Tadi malam Iman, Ibu, Daddy, Tok Mama dan Tok Wan tido dekat rumah dalam reban ayam Tok Wan. Walaupun dah selalu tengok ayam, tapi kali ni tengok paling banyak. Lebih 80,000 ekor. Iman tau kira one to ten. Sebab dah banyak ayam Iman kata "2,3,4...banyak" dengan muka agak hairan. Agaknya tengah hairan, kenapa gambar ayam yang Iman belajar warna lain (ibu tunjuk gambar bapak ayam kampung), ayam ni warna putih saja.


Saturday, June 6, 2009

Adik Uwais

Tadi malam Iman ke adik uwais di Kelana Jaya. Iman boleh sebut nama "Uwais" dengan betul sejak 1st time ibu ajar. Seronok sangat dia masa nak pegi sana. Mulut tak berhenti bercakap sejak dari rumah sampai ke kereta. "Daddy jom ah? Uwais mana?" Mungkin Iman belum ramai kawan lagi, sebab tu ingat adik yang ini.
Nama sebenar adik ni Uwais syarif al-qarni. Ini dua pupu Iman. Sebab daddy iman dengan abah uwais sepupu. Masa ibu ambil ni umur Uwais 6 bulan.


uwais6month

Photobucket

Friday, June 5, 2009

Spell Ji-an

3 hari lepas kami ke kajang. Masa dalam kereta lagi Iman memang banyak cakap. Daddy kata yang tu genetik ibu..heheh. Ini dialog kami.

Iman : ibu jom ji-an
ibu : tak faham la iman. apa?
Iman : Ji-an
ibu : apa? ulang lagi
Iman : Ji-an (sambil tunjuk signboard pasaraya Giant yang besar kat tepi jalan)
Ibu : oooooo... Giant

Kami gelak sakan. Rasa kelakar sangat. Ini bermakna Iman dah pandai eja sikit-sikit. cuma kena perbaiki lagi sebutannya dalam bahasa melayu dan inggeris.