Wednesday, October 14, 2009

belajar cut & paste

2 minggu lepas daddy dapat diskaun 20% untuk semua buku yang dibeli di MPH. Seperti biasa buku Iman tidak ketinggalan selain buku daddy yang sentiasa ada yang baru . tak larat ibu kemas! .
Iman sangat suka stiker dan biasanya setiap buku yang ada stiker akan mula digunakan sebaik sahaja daddy habis bayar di kaunter dan sampai di rumah sambung habiskan semua. Maka, kali ini ibu fikir nak ajar iman potong dan tampal. Jadi ibu cuba beli  2 buku silibus kumon sebab gambar-gambarnya  menarik dan colourful.

Paling penting sebelum ajar anak kecil  potong kertas, guntingnya mestilah khas dari material plastik. Jadi taklah boleh melukakan kalau terkena jari. Iman tak reti gunakan gunting lagi, tapi ibu baru ajar masukkan jari dan biasakan dia gerakkan gunting tu. buat masa ni Ibu tolong potongkan gambar dan Iman letak gam dan tampal. Sebab sangat suka tampal gambar, (sebenarnya suka main gam kot)  hari pertama guna buku tu terus 8  aktiviti dia buat. Itupun ibu dah sembunyikan buku tu. Kalau tidak boleh habis satu buku tu sehari!




tulis date dulu


gigih belajar pegang gunting beserta dengan muncung mulut


nak gambar lain pulak!



pegang gunting pun terbalik, akhirnya ibu yang buat :)




No comments: