Monday, January 18, 2010

Doa makan



Iman baca doa makan ni masa sedang makan. Mungkin dah lapar sangat! Walaupun "pelat" tapi bunyi doa tu dah agak jelas juga. Teruskan usaha memperbaiki pronounciation. Lepas ni ibu cuba rakam doa tidur dan masuk tandas. Begitu juga surah-surah lazim seperti surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass. Kadang-kadang Iman terlupa juga, doa makan mula-mula, tiba-tiba hujung bacaan jadi surah An-Nass.

Bab surah, setakat ini Iman masih ambil sebutan awal dah hujung ayat. Tapi melihat kegembiraan Iman nak belajar pun dah cukup membanggakan Ibu Daddy. Tiada paksaan atau masa-masa belajar ditetapkan. Ibu cuma ajar bila masa yang Iman nak. Sebenarnya semakin banyak Ibu ajar Iman, semakin banyak ibu mengulangkaji. Melalui bacaan mahupun pertanyaan. (takut ajar anak ilmu salah)

Friday, January 15, 2010

Potong Rambut

Pertama kali Iman potong rambut di kedai. Selama ni Ibu potong sendiri. Kos RM3. Itu di kampung ibu ya, Pekan Nanas, Pontian. Bangi ni tak ada harga tu. Ibu dah survey sekitar bangi, KL adalah RM8-RM 10 untuk kanak-kanak perempuan. Masa sekitar 10 minit. Di singapura S$15. Bezanya di singapura ada TV pasang CD Barney dan lain2 kartun depan cermin gunting rambut serta kedudukannya di Shopping Complex. Ibu juga kenal pemilik kedai ini. Aunty lili. Dari ibu kecil sehingga sekolah menengah memang biasa gunting rambut di sini. Mula-mula hanya sebuah kedai gunting kecil sehingga menjadi Akademi tempat belajar mengunting rambut sekarang.

Kalau ibu buat tanpa kos duit. Tapi kos masa sehingga dua hari bersambung akibat Iman tak reti diam-diam . mengangkat vakum yang berat untuk sedut baki rambut dan paling penting hasilnya yang kurang memuaskan hati Tok Mama :) kerana menginginkan cucu perempuannya berambut panjang. Ibu bukan tak mahu biar rambut Iman panjang tetapi sedia maklum bahawa rambut anak ibu ni kurang lebat dan ibu sendiri tak punya masa menyikat rambut iman setiap jam supaya kelihatan kemas. Jadi rambut pendek lebih sesuai dan kemas pada pendapat ibu dan daddy. Hairan juga sampai kedai elok pulak dia tak diam-diam dan ikut arahan tukang gunting tu?




sila abaikan baju "gong xi fa chai" minie itu memandangkan kampung
 ibu berada di kawasan 70% masyarakat Cina

Wednesday, January 13, 2010

Muhammad Iman

Ini bukan nama cadangan untuk bakal adik Iman yang Insya'allah lahir on june 2010. Tapi Iman nak tukar Nama sendiri. Kejadian ni pertama kali berlaku dalam kereta dan berulang-ulang berlaku di rumah suruh panggil nama dia Muhammad Iman. Tapi kagum juga sebab Iman tak boleh sebut "Sofea" dengan betul tapi boleh sebut nama nabi junjungan kita "Muhammad" dengan jelas lagi tepat!

Ibu/ daddy : Iman sofea....
Iman          : Tak nak Iman cecia .. cakap Muhammad Iman
Ibu            : Tak best ke nama tu? Lagipun Muhammad untuk boy bukan nama girl
Iman         : Nak ama (sama) daddy.. Muhammad Syahril
Daddy      : hahahahahaah
Ibu           : Sampai nama pun nak sama daddy? Apakah masalah ibu jaga Iman ni ye :(

Q & A

Sekarang masa Iman banyak soalan. Jawapan kadang-kadang kena hold dulu sebab ibu tak dapat jawab lagi dan ada soalan yang ibu memang tak tau nak jawab. (kena baca dulu). Bukan satu atau dua soalan dalam satu masa tetapi berterusan sepanjang hari kecuali tidur. Tu apa, siapa, nak pergi mana,....
Soalan bagun tidur 


Iman: "ibuuuu" (sejuk hati dengar) daddy mana?
Ibu   : (daddy lagi) Daddy kerja
Iman:  Kenapa kerja? Iman tak ikut? ohhh daddy jumpa kawan?
ibu  :  Cari rezki. Iman duduk rumah teman...... 
Iman: rezki apa? daddy pegi mana?
Ibu   :( rasanya soalan yg tadi pun tak habis jawab)
         (terus dengan perbualan di atas katil sampai soalan akhir sesi pagi)
Iman : ibu, iman laparlah
Ibu    :Tau pun lapar, ingatkan iman kenyang dengan berbual aje :)

Friday, January 1, 2010

daddy tolong!!

Iman jatuh basikal.. Ada tanda hijau di dahi. Tapi bukan itu Ibu nak ceritakan. Kalau orang biasa sebut spontan ALAMAK! TOLONG MAK! MAK DATUK! semuanya berkaitan ibu. Iman lain sikit, masa jatuh dari basikal dia sebut AHHHH...DADDY TOLONG! Sebelum ni memang dah perasan untuk hal-hal lain memang dia sebut daddy dulu. Tapi masa jatuh ni pelik sikit bunyinya. Hairan kan 24/7 dengan ibu, tapi hal-hal spontan cari daddy?

Agaknya ibu garang ek? oklah lepas ni ibu kena belajar dengan daddy. Kena sabarrrrrrr banyak-banyak macam daddy :)

tudung terbalik

Iman: Sorry ibu
Ibu   : Kenapa
Iman: Apak abut, tudung abalik (nampak rambut, tudung terbalik)
         sambil tolong masukkan rambut balik dalam tudung
Ibu   : Terima kasih
          malu 

Sweeeeeetnya anak girl ibu ni. Siap ada sorry kat depan tu :) Dah besar dah anak ibu, tau jugak eh beza selekeh dengan kemas.