Friday, January 15, 2010

Potong Rambut

Pertama kali Iman potong rambut di kedai. Selama ni Ibu potong sendiri. Kos RM3. Itu di kampung ibu ya, Pekan Nanas, Pontian. Bangi ni tak ada harga tu. Ibu dah survey sekitar bangi, KL adalah RM8-RM 10 untuk kanak-kanak perempuan. Masa sekitar 10 minit. Di singapura S$15. Bezanya di singapura ada TV pasang CD Barney dan lain2 kartun depan cermin gunting rambut serta kedudukannya di Shopping Complex. Ibu juga kenal pemilik kedai ini. Aunty lili. Dari ibu kecil sehingga sekolah menengah memang biasa gunting rambut di sini. Mula-mula hanya sebuah kedai gunting kecil sehingga menjadi Akademi tempat belajar mengunting rambut sekarang.

Kalau ibu buat tanpa kos duit. Tapi kos masa sehingga dua hari bersambung akibat Iman tak reti diam-diam . mengangkat vakum yang berat untuk sedut baki rambut dan paling penting hasilnya yang kurang memuaskan hati Tok Mama :) kerana menginginkan cucu perempuannya berambut panjang. Ibu bukan tak mahu biar rambut Iman panjang tetapi sedia maklum bahawa rambut anak ibu ni kurang lebat dan ibu sendiri tak punya masa menyikat rambut iman setiap jam supaya kelihatan kemas. Jadi rambut pendek lebih sesuai dan kemas pada pendapat ibu dan daddy. Hairan juga sampai kedai elok pulak dia tak diam-diam dan ikut arahan tukang gunting tu?




sila abaikan baju "gong xi fa chai" minie itu memandangkan kampung
 ibu berada di kawasan 70% masyarakat Cina

3 comments:

Hawa Hamzah said...

ala comelnye iman pakai baju gong xi fa chai,macam anak cina la k.seri, rambut pun cantik... pandai pulak dok diam2 huhu kalau potong rambut raina, mau org ingt tikus gigit, tak reti dok diam samapi jerit2 huhu

A.Z. Haida said...

comel aar rambut baru iman...
bila pakai baju gong xi fa cai tu dah mcm rambut baru sempena tahun baru cina la pulak...

iman said...

awe-mmg mcm tu kalau mak dia buat. kita pun risau pegang gunting!
az-..ikut tema 2 tahun lepas. (thn tikus)