Wednesday, April 23, 2008

Gambar April

Gambar ni diambil masamasa makan di Jusco IOI Puchong.

Makan sendiri

Iman dah tau makan sendiri. Ibu sedar waktu kat kedai makan, iman suap nasi masuk dalam mulut. Sebelum ni makan biskut, minum air dalam cawan memang dah pakar. Tapi suap nasi kemahiran terbaru dua minggu lepas. Bukan suap mulut sendiri saja, mulut orang lain pun iman paksa suruh makan!

Tuesday, April 8, 2008

sinonim pada ibu dan daddy

Iman dah jarang panggil ibu saja. sekarang dia panggil umi, kadang-kadang mak. mamapun pernah. Daddy pun dia panggil macam-macam. bapak, papa, ayah, abah semua pernah. kalau dia dengar orang panggil apa. Iman pun ikut sebut juga. Tapi tak kisahlah asalkan iman faham maksudnya semua sama.

berlari

Sejak pandai berjalan, ibu dah penat sangat nak tangkap Iman bila rajin "mengemas". sekarang dah nak lari pulak. Lagilah ibu kena tambahkan stamina untuk bersaing dengan tenaga Iman yang macam bateri Energizer.

Thursday, April 3, 2008

Jalan sana sini

Sekarang Iman dah pandai jalan. Bukan jalan dan jatuh macam 2 minggu lepas. Oleh kerana terlalu rajin sangat practice jalan tak kira masa, malam-malam mesti susah tidur. Bila dia penat mesti meragam dulu baru tidur. Disebabkan itu kadang-kadang ibu terjerit malam-malam buta suruh Iman tidur.

Tangga dah kurang menjadi perhatian sejak pandai berlalan ni. Tapi barang-barang dapur menjadi permainan. Sebuk Paprika, tin nestum, kiub ayam antara yang menarik perhatian. Mungkin ringan dan senang bawa ke tempat lain untuk disimpan semula. Inilah dikatakan deco rumah baru versi iman sofea. Makanan bukan lagi disimpan di dapur, tapi susun di tangga @ depan TV.