Friday, August 31, 2007

ha..ha..ha



Iman suka ketawa. tapi bukan dengan ibu :( Selalu juga nak berbual. Apa yg daddy buat, semua boleh jadi lawak. Semuanya iman ketawa sungguh-sungguh. Susah nak berhenti. Iman tak penat, tapi ibu yang tengok jadi penat :)

Tuesday, August 21, 2007

Gambar bulan August



Ni foto terbaru Iman! Sekarang dah pandai meniarap dan jerit-jerit. Masih ekslusif minum susu ibu. Nanti usia 6 bulan baru ibu bagi makan ok. Sebab kalau bagi makan sekarang usus masih belum proses makanan dengan baik, takut nanti membahayakan buah pinggang. Nasib baik zaman sekarang ni banyak bahan yang boleh dirujuk kalau tak tahu sesuatu tentang penjagaan bayi. Jadi kita tak ikut cakap orang membuta tuli sebab tahu sebab dan akibat sesuatu perkara tu. Ibu dan daddy cuba berikan the best untuk iman.

Saturday, August 18, 2007

Pindah blog

Sebelum ni blog Iman di http://imansofea.lifelogger.com/blog Sekarang ibu dah pindahkan semua ke blogspot. Semua sebab, kat sini lebih senang nak diselenggarakan. Lifelogger selalu ada masalah letak gambar atau upload video. kadangkala terus tak boleh buka sebab tengah upgrade system. Harap blog kali ni tak banyak masalah timbul lagi.

YIPPIE account


Ini akaun bank pertama Iman. YIPPIE dari Maybank. Dapat juga tabung, tapi ibu yang guna dulu :)

(19 July 2007 6:19 PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

Puji

Sebelum ni ibu dan daddy asik puji iman tak suka nangis. Tapi sekarang dah terbalik. Iman dah besar dan banyak akal. Pandai suruh orang angkat dia, kalau tak dia buat bunyi nangis. Alahai harap-harap sementara saja perangai ni.

Iman makin galak "makan" tangan. Entah apa yang sedap. Buat masa ni ibu tengah fikir nak bagi pacifier ke tidak. Kalau tak bagi habis basah semua tangan. geli pulak ibu nak pegang. Tapi kalau bagi pulak, takut iman ketagih nak gigit pacifier dan kebarangkalian gigi Iman waktu tumbuh nanti tak cantik. Mitten pun Iman dah pandai sangat buka sendiri. Dia suka gigit jari terus dari gigit mitten tu.

(16 July 2007 1:19 PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

Friday, August 17, 2007

Demam

Iman demam dua hari kesan daripada suntikan imunisasi. Ibu dan daddy bagi makan ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair. Sepanjang Iman demam, Iman moody sikit. Tak nak berbual macam biasa. Nak tidur pun merengek-rengek.

( 2 July 2007 5:49 PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

Imunisasi

Hari ni Iman ambil suntikan imunisasi pada usia 3 bulan. kami difahamkan, ini adalah imunisasi 6 serangkai. Dulu paling banyak pun cuma 3 serangkai. Kini dengan vaksin kombinasi enam dalam satu yang memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus (kancing gigi), pertusis (batuk kokol), polio, hepatitis B dan Influenza Haemofilus Jenis B (HiB) mampu mengurangkan kesakitan dan kekerapan ke klinik atau hospital. Hari ni, Daddy pegang Iman sekali lagi masa disuntik. Kali petama masa usia Iman dua bulan.
Iman sikit pun tak takut, malah sempat bertegur sapa dengan misi tu. Tapi bila dicucuk jarum saja, Iman terus menagis selama lebih kurang 10 saat.

Buat masa ni ibu boleh kira kekerapan Iman menangis dengan penuh emosi sejak Iman lahir. Ni boleh kata nangis sekitar 10 minit. Yang ibu Ingat dua kali kat rumah tok wan dan dua kali di rumah sendiri. Yang lain tu semua menangis main-main. Senang la ibu dan Daddy jaga Iman. Diharap sikap baik Iman (tak suka nangis) akan terus sampai bila-bila :)

(28 Jun 2007, 8:05 AM http://imansofea.lifelogger.com/blog)


Terus belajar



Umur iman dah dua bulan setengah. Semakin pandai meniru apa orang buat. Selalu buat ibu ketawa. Iman semakin memerhatikan keadaan sekitarnya. Kadang-kadang pandai meniru apa yang org lain buat. Contohnya bila daddy garu kepala, iman juga akan buat sama. Begitu juga dengan kebolehan bercakap. Iman akan sentiasa memerhati pergerakan bibir apabila berkomunikasi dengannya. Perkataan dua sukukata yang mudah kadangkala boleh ditiru. Contohnya "Apa" , "Ibu", "Ini". Lebih dari dua sukukata dia akan memandang sahaja. Paling tidak pun dia akan bunyikan intonasi yg hampir menyerupai. Iman juga dah boleh meniarap. Tapi tidak terlalu kerap. Iman cuma belajar bila orang sekeliling tak ada. Bila tak boleh bangun baru menangis minta tolong. Tak tahu kenapa bila orang ada dia tak mahu tunjuk skill. mungkin malu kalau tak jadi agaknya.. hahah 9 Jun 2007. Iman baru dapat seekor kambing biri-biri hadiah daripada Pak Ngah Hafiz dari New Zealand. Ibu tak sangka pada hari kedua bersama kambing tu Iman dah boleh mengajuk bunyinya. Nampaknya, skill Iman bercakap memang cepat berkembang!

(15 June 2007 1:38PM , http://imansofea.lifelogger.com/blog)


Iman Talks



Ini antara dialog yang sempat daddy rakam. Sebenarnya Iman dah boleh sebut Ibu masa umur 1 bulan. Tapi tak berapa jelas dengan sebutan "emvuu". Sekarang iman dah pandai lebih lagi. Boleh mengajuk apa yang yg org cakap sekitar 1 hingga dua suku kata. lebih dari tu Iman tak pandai lagi. Dulu masa dalam perut ibu pernah beri tahu daddy, yang ibu akan pastikan Iman akan pandai panggil Ibu dulu :). Sekarang semuanya terbukti.

(7 June 2007 12:48PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

All about Iman



Ini first entry blog Iman Sofea. Buat masa ni Ibu & Daddy akan catatkan semuanya tentang Iman. Mungkin suatu masa bila iman dah pandai tulis, dia boleh update sendiri blog ni. Blog ni saya signup sekitar hari hari ke 22 Iman lahir. Alhamdulillah, nama ini masih available.

(4 June 2007 10:18AM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)