Saturday, October 22, 2011

chicken or the egg?

Chicken from egg!
Ini cuma tajuk karya iman terbaru untuk minggu ini. 3 hari ibu kena berkongsi meja makan dengan bahan-bahan untuk buat lukisan. Adik hanan pun dah gigit kulit telur yang disangkakan biskut! Iman sangat multitasking. Menampal kulit telur, sebelah tangan lagi buat puzzle di internet, telinga pulak sambil dengar suara TV dan ibu membebel. Ibu yang banyak kerja, sebab tiap kali iman tengok rancangan craf, ibu pulak kena belajar sebab nak ajar iman. Akhirnya berbaloi, cantik jugak anak ibu buat walaupun ibu yang touch up sikit2. Nanti kita frame kan ye.

material dan alat:

kulit telur
water color
gam
marker
gliter dusk
mata
kertas warna (mulut)






Wednesday, August 24, 2011

Bila dah tak busy....

"daddy... iman tau bila daddy dah tak busy, masa tu iman dah besar, daddy tak payah bawak iman jalan-jalan shopping sebab iman dah boleh pergi sendiri"

Ini ayat iman merajuk, untuk menarik perhatian. Yes!! ibu salah sebab terlalu kerap salahkan "daddy busy kerja" tiap kali iman ajak keluar jalan-jalan.
Ibu touching tau, dengar ayat Iman macam ni. Sebenarnya ibu yang malas keluar rumah sejak ada adik hanan. Ibu penat jaga sekali dua ragam. Lepas ni ibu kena rajinkan diri supaya iman tak rasa dipinggirkan lagi :(

Tuesday, August 23, 2011

Teacher iman


Alahai kakak. Cepatnya besar dan memang layak jadi kakak. Dah boleh jadi teacher. Volunteer menawarkan diri sementara ibu mengemas. Sambil mengajar mulut mengomel (mcm ibu jugak) suruh adik ikut sebut. Adalah 10 minit adik boleh duduk masa belajar . Lepas tu sambung memunggah balik mainan dan buku-buku dibantu kakaknya :( adik pulak jadi teacher kakak part memunggah barang!


Tuesday, May 10, 2011

pink flower tidur

Bunga pink tu pokok iman dan satu lagi pokok ibu. Dah lama Iman nak belajar tanam pokok tapi ibu belum ajar jadi kita beli yang ekspress! Masa beli berjanji nak jaga, tapi akhirnya bertahan 3 minggu saja. Ibu tak marah sebab rekod ibu jaga pokok berbunga pun 3 minggu dah mati. umur iman 4 tahun dan rekod sama ibu. kira excellent dah tuh!

Bila tanya kenapa pokok iman mati?? (tanya waktu malam)
ooo tak matilah ibu. pink flower just sleep.
esok bila sun come up dia wakeup lah macam iman
esok tanya lagi, kenapa pokok ni tak bangun-bangun?
ooo...kakak iman baca dalam buku, pokok kena letak bawah sun. bukan dalam rumah sebab itulah dia tak bangun! (ok, iman tak dapat menerima kenyataan)

arwah pink flower!

bunga pink tidur!

Inilah buku yang Iman maksudkan. Cara-cara menanam pokok dari biji benih. Buku ni senang faham. sesuai la untuk budak 3-4 tahun. harga cuma RM3.

                                                        Tajuk         : A packet of seeds
                                                        Penerbit     : Pelangi
                                                        Written by : Lorraine Lee

Monday, March 28, 2011

Iman is 4

hanan nak menerkam kek!


iman is 4

kakak dah 4 tahun on 26 march 2011! Ibu dan Daddy doakan iman jadi muslimah sejati, anak solehah, sihat selalu, cantik, comel, kakak yang baik..........banyak lagi tak tertulis!
Ibu rasa cepat saja masa berlalu walaupun setiap hari ibu ada dengan Iman. Ibu bayangkan kalau ibu kerja, mesti lagi cepat masa berlalu yang ibu akan rasa. Alhamdulillah diberi peluang ini :)
kek princess snow white tu yang direquest Iman sendiri . Iman nak skuter gambar snow white, tapi ibu dan daddy cari tak jumpa-jumpa. Jadi hadiah birthday tunggulah sampai ibu jumpa kat mana jual.






Tuesday, October 5, 2010

Update

Blog Iman bersawang ibu tak update. (nama pun laman sesawang)Ibu tak ada masa. Sebenarnya alasan kan! Masa boleh cari kalau ibu usahakan bersunguh-sungguh. Ibu malas la kebelakangan ni. Sebenarnya ibu update, tapi tak publish sebab semuanya tak habis tulis!!! ok, start hari ni ibu start menulis lagi, termasuk blog ibu sendiri puanseri.blogspot.com :) Adik hanan jangan jelous eh, kakak iman ada blog. Ibu tak cukup staff nak update semua. adik special case..share blog ibu!!

Thursday, February 18, 2010

Terbaru Dr seuss

Sebab Ibu tak balik kampung Pontian cuti Tahun Baru Cina ni. Maka aktiviti kita ialah "santai". Itu ayat untuk Iman dan Daddy. Dalam ertikata ibu ialah "theraphy" shopping complex. Memang hajat utama nak beli buku di MPH sebab hari Ahad Daddy dapat 5 % potongan harga. Ada kawan ibu cadangkan beli buku Dr. Seuss untuk anak-anak. Sebelum ni Ibu tak tahu pun Dr. Seuss buku apa berbanding Daddy yang lebih terdedah sejak kecil. Memang latar belakang Ibu dan Daddy sangat berbeza dan ini sememangnya baik untuk kami terutama dalam pendidikan anak-anak. Tuah kami juga beli buku Dr.Seuss hari tersebut kerana ada ada promosi "buy 3 for 2" dan nampaknya bukan Iman saja yang belajar dari buku Dr.Suess, malah Ibu juga kena belajar sebutan dari Daddy :) (Thanks Daddy, seri memang ada masalah bahasa maklumlah Jawa, Bugis dah bercampur ditambah duduk pekan Cina di tanah Melayu..malangnya semua bahasa tu tak Master!)

Satu lagi tajuk Hop On Pop. Ini beginers book. (ibu pun dah termasuk kategori ini)

Ini buku Kumon ke-3 Iman. Setiap kali dah habis gunting dan tampal. Iman akan gunting gambar-gambar dari majalah Ibu pulak :( (demi anak kurela..dan adik bakal lahir nanti macam mana pulak aksinya)

Ibu baca review semua orang kata bagus. Sebab tu beli buku Phonic Read Easy. Balik saja rumah terus buat test pada Iman. (adik dalam perut dengar ya) Alhamdulillah terus boleh baca siri 1. Tapi setelah Ibu baca setiap siri 1-8. Silibus memang bagus tapi kurang menarik dari segi gambar dan perkataan. Mungkin sebelum ini ibu paling banyak guna web site dan buku-buku phonic free di internet. Kalau dibandingkan memang Iman lagi mudah mengenali bunyi huruf dengan perkataan-perkataan menggunakan media sebelum ini dan mungkin menggunakan komputer lebih menarik dan interaktif.

Ini memang buku kegemaran semua budak perempuan. Boleh berangan lama-lama. Biasanya setiap bulan Iman hanya diberi 1 pilihan. Majalah Princess atau Mickey Mouse Clubhouse. Iman pun dah tahu rules ni, buat aksi cute mana pun ibu tak layan... kecuali Daddy selalu kalah dengan pujukan Princessnya!