Monday, August 17, 2009

Seminggu tanpa susu

Alhamdulillah.. iman dah habis mood merengek-merengek ingat susu! Leganya ibu :) Selera makan pun dah semakin bertambah. Dulu tak nak makan sebab susu ibu dah cukup mengenyangkan agaknya. Insya'allah, ibu berazam untuk adik beradik iman seterusnya, ibu akan bagi susu yang sama macam iman. Paling tidakpun dua tahun. Amin

Friday, August 14, 2009

Nak Tidur Sendiri

Malam ni Iman menagis-nangis tak nak matikan lampu bilik sebelum tidur. Pujuk-pujuk pun tak jalan. Rupanya dah tak nak tidur atas katil dengan Ibu dan daddy! Nak tidur tempat sendiri. Iman memang dah ada bilik tidur, tapi selama ni bila Ibu suruh tak nak pulak dia tidur situ. Malam ni sukarela pulak nak tidur sendiri. Hairan jugak..tapi alhamdulillah. Maknanya ibu dah ada banyak ruang atas katil. Selama ni ruang katil dibahagi tiga sebab Iman tak nak tidur dalam playpan dan susu badan tiap malam.

Perlakuan Iman memang tak boleh diramal. Apa yang ibu rasa susah untuk dia, senang pulak jadinya. Contohnya berhenti minum susu ibu mudah untuk dia. Asingkan tidur pun senang jugak. Semua guna "ayat-ayat cinta" daddy. Maklumlah dalam minggu ni ibu daddy selalu puji dia dah besar dan kadang-kadang panggil dia "kakak Iman".

Esok ibu nak kemas bilik Iman, biar bersih dan cantik. Mungkin akan beli katil baru untuk Iman. Ibu dah pergi survey sebenarnya katil yang siap rak buku beberapa bulan lepas. Cuma tinggal hantar "proposal" pada Daddy :) Jadi Iman mesti lagi suka bilik sendiri nanti. Boleh baca buku banyak-banyak buku sebelum tidur. Macam sekarang ibu kena paksa bawa buku dari bawah ke bilik tidur.

Wednesday, August 12, 2009

Baju Raya untuk 1430 hijrah

Baju kurung raya iman in progress. Tadi dah siap gunting hari ni, so esok atau lusa insya'allah siap. Beli kain cotton bercorak bunga inggeris dari Jackel. Last year warna coklat, this year warna hijau. Sungguh mencabar menjahit sambil dibantu Iman. Tangan iman lagi laju dari tangan Ibu! Kerana kerajinan iman yang mencabar ibu, maka ibu rasa sempat jahit sepasang saja baju kurung Iman. Lagi satu nak beli. Sebab daddy tak suka ibu sibuk menjahit masa Ramadhan. Semua shopping hari raya nak prepare awal.Baju gaun smocking pun ibu dah tempah awal 2 pasang warna putih dan biru. Corak smoking ibu pilih sendiri dari majalah yang Pak Ngah Iman belikan di Melbourn.
Ini dah hari ke-3 Iman tanpa susu ibu. Alhamdulillah semuanya lancar. Merengek pun semakin kurang kecuali masa nak tidur. Kalau ikut pengalaman kawan lain yang, mungkin seminggu baru anak betul-betul hilang ketagih susu tu. Semoga Iman tabah hadapi kenyataan terpaksa tinggalkan susu ibu :)

Tuesday, August 11, 2009

Stop susu ibu

Ini dah hari kedua Iman tak minum susu ibu. Bila nak tidur Iman merengek tanpa sebab, nampak dia macam sebak sendirian. Mungkin Iman ingat bila dia dah tak minum susu, ibu dah kurang peluk-peluk dan sayang dia. Jadi sepanjang dua hari Iman tak minum susu ibu ni, Ibu dan Daddy kena peluk, cakap sayang dia, cium, layan baca buku extra dari hari-hari biasa. Ini sebab nak Iman rasa ibu sayang sangat Iman walaupun dah tak meyusu.
Iman agak tabah hadapi kenyataan tapi masalahnya, ibu pulak sedih tengok Iman bila tengah sebak layan perasaan.

Ibu dan Daddy juga suprised. Iman berhenti menyusu lebih mudah dari kami bayangkan. Memandangkan Ibu berhentikan Iman menyusu secara tiba-tiba. Bukannya kurangkan kekerapan penyusuan seperti yang biasa dilakukan. Idea dan pujukan semalam Daddy pada Iman sangat bernas. Daddy just berbual dengan Iman baik-baik sambil peluk-peluk beritahu yang antaranya:

1) Iman dah besar tak perlu minum susu Ibu, budak besar minum pakai cawan.
2)Start hari ni kita Minum guna cawan (start 6 bulan iman memang minum air guna cawan)
3)Ibu pun dah cukup bagi Iman susu sampai 2 tahun lebih
4)Tengok, kesian Ibu. Ibu dah penat. Tak larat nak angkat iman. Berat.

Ada macam-macam perkara lagi yang daddy bualkan pada Iman tapi Ibu tak ingat macam mana. Tapi Ibu tengok Iman dengar apa Daddy cakap sambil mata berkaca-kaca. Airmata tak tumpah pun. Haaa..kesiannya Iman :( bayangkan terpaksa lupakan rutin hariannya sepanjang hampir dua tahun setengah. Ibu terfikir budak kecil pun boleh lupakan rutin menyusunya yang berpuluh-puluh kali sehari, kenapa orang dewasa susah nak tinggalkan tabiat merokok.


Monday, August 3, 2009

Flowers are Red ?

Lagu ni iman suka dan boleh nyanyi corus. Daddy yang belikan album "Allah Knows" masa iman setahun.

Flowers are Red
(Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha
& Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla),
Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said�
"You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said�
"It's for your own good�
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"

Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

Sunday, August 2, 2009

aktifnya iman

Iman boleh diam waktu tidur saja. Masa lain semua anggota bergerak. memandangkan ibu tak ada banyak masa nak update, ringkaskan saja apa progress iman sekarang.

Berimiginasi
Rajin sangat berimiginasi. sambil makan pun boleh berangan. lauk ikan boleh jadi "airplane" (word ni iman sebut betul), ayam, dinosour dan macam-macam lagi. Sebab tu iman makan paling cepat setengah jam.
Kadang-kadang boleh juga berangan jadi ibu, princess, fisherman, teacher dan macam-macam lagi.

Baca buku
Iman suka buku. Daddy pun sama. Sebab tu iman lagi suka daddy baca sebab daddy baca lebih beremosi. Ibu bukan tak suka baca, tapi iman suruh ibu baca semua buku yang ada kat rak non stop! Ibu cuba ajar iman atur masa. Ada masa rehat, ada masa baca buku. Sebab tu iman kena pandai baca cepat.. lepas ni boleh baca sendiri.

Al-barqi
Iman nak belajar baca al-quran. Jadi ibu cuba kaedah Al-Barqi. Macam alphabet phonic jugak kaeadahnya. Alhamdulillah iman cepat faham. Sekarang baru stage-1.
Jadi , semua tulisan yang ada huruf arab, di frame, plastik makanan, sign board, apa-apa yang dia nampak Iman akan sebut mcm dia belajar kat buku al-barqi

Perbualan
Perkataan iman sebut bertambah banyak. Dah boleh diajak berbual walaupun kadang-kadang Iman repeat balik apa ibu cakap. Ayat pun dah lengkap. Ayat paling best minggu ni. "daddy cepat solat"

Spelling
Kalau boleh semua benda yang iman suka nak di eja. Pengaruh kartun word world agaknya. Selipar dalam toilet pun Iman cuba eja sendiri dalam sebutan phonic. C, L, P, R (slipper). ni kira dah 50 percent betul. D, D, Y (daddy). Y, O (yoyo).

Susu Ibu
Iman tak nak berhenti susu ibu lagi. Ini paling membimbangkan ibu :(
Susu ibu hampir tiada. Ni kes ketagih. Iman dah boleh minum freash milk. Tapi nak tido, mesti cari susu ibu jugak!