Wednesday, October 28, 2009

melihat dan mendengar

Ini perkara asas dan paling simple untuk  kanak-kanak belajar  termasuk iman  yang dah masuk 31 bulan. Sekarang ni Iman paling suka ikut ibu masuk dapur. Mula-mula perhatikan ibu buat dan lepas tu mesti nak cuba buat. Bila Iman mintak air milo dia mesti  cakap "  iman nak nok" iman nak nok" (nak tengok) . Pada mulanya ibu malas nak layan sebab bersepah, lambat dan risau air panas. Daddy pulak kata, Ibu tak boleh sekat kreativiti iman sebab dia dalam proses belajar. Jadi kami pun layankan saja kalau Iman berminat beberapa perkara. Antaranya, tolong tuang beras dalam   periuk, masukkan milo dalam cawan dan tuang sendiri susu segar atau susu krim, kacaukan air kopi daddy dalam cawan, tuang air sendiri dalam cawan, asalkan semuanya dalam kawalan ibu atau daddy.
Hasilnya,
 -Iman tahu buat milo kecuali air suam yang ibu akan tuangkan. Iman pun tahu air panas berbahaya. Dia akan kata "ibu ini air hot, iman takut" (ini air panas kan  ibu, iman  tak boleh main) .
-Prosedur masak nasi. Iman akan tolong  ibu masukkan dua pot beras dalam periuk sebelum ibu masak.
-buang sampah dalam tong sampah sahaja.  
-kemas pinggan dan cawan sendiri lepas makan dan letak atas meja seperti yang dilihat.

Sekarang Ibu faham kenapa masa Ibu kerja dulu Daddy kata "duit boleh cari, tapi tak mahu terlepas melihat pengalaman anak membesar di depan mata". "kalau daddy sibuk, sekurang-kurangnya anak-anak ada ibu untuk mengadu". Sejak itu dengan rela hati ibu berhenti kerja makan gaji dan terima tawaran kerja baru iaitu "pengurus rumahtangga". Ibu tak menyesal, malah bersyukur dengan apa yang dikurniakan kerana tak semua orang dapat peluang seperti ibu. Insya'allah ibu berusaha dan berdoa semua yang terbaik untuk iman dan adik-adik iman nanti :).
                  

Monday, October 26, 2009

Lagu birthday medly

Tadi malam iman dan daddy nyanyi lagu Happy birthday to Ibu. Masa nyanyi dengan daddy tu, merdu jugak la ibu dengar ada paduan dua suara anak beranak ni. Last year Iman tak reti nyanyi lagi. This year iman bukan saja tau menyanyi malah boleh menggabungkan lagu. Mungkin kalau dibiarkan terus menyanyi macam-macam lagu lagi digabungkan. Ini lyric lagu happy birtday iman untuk ibu malam tadi masa tanpa bimbingan daddy


"Happy birthday to you
happy birtday to you
aaaa...twinkle-twinkle little star
how i wonder what u are "....
...happy birthday ibu"



Friday, October 23, 2009

masalah diaper?

Iman dah pandai ambil dan pakai sendiri diaper. Tiap kali nak berak pun siap bagitau awal nak ke toilet. Itu petanda baik untuk tidak pakai diaper lagi! Masalahnya sampai toilet iman nak "membuang" dalam diaper dulu, then dah habis semua baru nak duduk kat tandas tu untuk dicuci! Apa masalahnya iman :(

Saturday, October 17, 2009

Ini kite!




Iman kata "ini kite"
Ibu kata "layang-layang ibu tak nampak, tapi tali layang-layang tu memang nampak real" :)

Friday, October 16, 2009

lagi-lagi swimming!

Sama saja perangai Iman masa swimming dari baby sampai dah 2 tahun setengah ni. Tiap kali keluar kolam mesti menangis-nangis. Tapi, kali ni Iman pakai baju mandi baru. Ini saiz 3 tahun, body tu  dah fit, tapi part skirt tu dalam gambar baru ibu terperasan singkat pulak!


Seperti biasa, tiap kali swimming rumah Tok Wan, Daddy yang akan teman Iman. Ibu tak mau temankan sebab ibu sendiri tak tau swimming. Daddy pun memang rajin teman anak dara dia ni. Buktinya, kali ni mandi daddy teman Iman mandi sampai 7.30 malam. Seperti biasa sesiapa yang mandi dengan Iman akan kesejukan dulu berbanding Iman yang tahan sejuk sampai kecut tangan.



posing dengan baju baru


siang lagi



dah malam!


tangan iman dah kecut!

Wednesday, October 14, 2009

Jam



Walaupun iman belum tahu tengok jam, entah kenapa di suka sangat kat jam ni. belum bayar dah bukak plastik dan guna :) . Jam ni kosnya cuma RM6 di Kinokuniya, KLCC.

I love phonics

Ini aktiviti book terbaru Iman beli bulan lepas. Sebelum ni adalah ibu beli 2-3 jenis dan buat aktiviti di internet. Ibu rasanya sekarang ni Iman dah sesuai beli aktiviti book phonic. Sebab iman dah lulus semua sebutan phonic A-Z sejak umur 2 tahun. Walaupun iman lebih suka belajar guna komputer mungkin sebab lebih interactive. Ibu beli juga buku sebab lebih senang dibawa ke mana-mana. Sebelum ni cari-cari juga di MPH, tapi tak jumpa pulak buka yang simple dan murah macam ni. Ibu dan Iman beli sama-sama di kedai buku Boardes Times Square. Harga Asal RM2.90 dan ada diskaun 20%.
Sebab murah jadi ibu beli terus satu set buku phonic 1-6 dan 2 buku lagi belajar menulis huruf besar dan kecil. Semua 8 buku ni kosnya cuma RM18.40.






Iman jawab semua betul, tapi yg garisan tu ibu buat.



Inilah contoh Iman mewarna

Dora world adventure!








beg sheep

Buku Dora ni beli di kedai buku Kinokuniya KLCC pada 10/10/09 lepas. Ntah kenapa sejak umur dua tahun ni Iman suka dengan watak Dora dan Diego. Selipar pun pakai Dora jugak! Pencil tulis pun nak Dora jugak! Ibu setuju beli buku ni pun sebab Iman boleh belajar guna binocular dan ada slide yang boleh ditukar ikut situasi dalam buku tu.
Sebelum ke Kinokuniya, ibu ke I Setan dan offer beg sandang Dora pada iman, dia jawab "Iman tak nak la bu, Iman dah ada beg sheep" (alhamdulillah dah pandai berjimat :) ke beg tu tak lawa)
Lepas tu Ibu ke Parkson lalu sebelah kedai promosi baju mandi, Iman jerit "ibu nak mandi, ibu nak mandi"
Kebetulan baju mandi Iman memang dah ketat sebab guna dari baby, jadi ibu pun belilah jugak. Jadi, peruntukan  shopping ibu yang daddy bagi hari ni RM200, habis semua utuk Iman :( daddy ganti balik ek 

belajar cut & paste

2 minggu lepas daddy dapat diskaun 20% untuk semua buku yang dibeli di MPH. Seperti biasa buku Iman tidak ketinggalan selain buku daddy yang sentiasa ada yang baru . tak larat ibu kemas! .
Iman sangat suka stiker dan biasanya setiap buku yang ada stiker akan mula digunakan sebaik sahaja daddy habis bayar di kaunter dan sampai di rumah sambung habiskan semua. Maka, kali ini ibu fikir nak ajar iman potong dan tampal. Jadi ibu cuba beli  2 buku silibus kumon sebab gambar-gambarnya  menarik dan colourful.

Paling penting sebelum ajar anak kecil  potong kertas, guntingnya mestilah khas dari material plastik. Jadi taklah boleh melukakan kalau terkena jari. Iman tak reti gunakan gunting lagi, tapi ibu baru ajar masukkan jari dan biasakan dia gerakkan gunting tu. buat masa ni Ibu tolong potongkan gambar dan Iman letak gam dan tampal. Sebab sangat suka tampal gambar, (sebenarnya suka main gam kot)  hari pertama guna buku tu terus 8  aktiviti dia buat. Itupun ibu dah sembunyikan buku tu. Kalau tidak boleh habis satu buku tu sehari!




tulis date dulu


gigih belajar pegang gunting beserta dengan muncung mulut


nak gambar lain pulak!



pegang gunting pun terbalik, akhirnya ibu yang buat :)




Thursday, October 8, 2009

"iman sayang Ibu"

Hari ni iman bagi ibu tonton TV3. Rancangan Ole-ole bersama Chef Wan. Biasanya asyik berebut dengan ibu nak tonton Playhousedisney rancangan yang Iman sebut "cici mouse oh os" (Mickey mouse club house).  Walupun rancangan masak, tapi amat menyentuh perasaan sebab Chef Wan masak di rumah orang kurang upaya. Ada yang tua, ada yang muda. Ibu ternangis dan keluar air mata! (kememeh kan)
tiba..tiba.. iman bawa tisu dan kata "ibu anan anish"... iman sayang ibu sambil peluk siap tepuk belakang lagi.  
ahhhh.. ibu jadi lagi emo.. sob-sob. anak kecil dua tahun setengah dah paham emosi ibunya!
Tapi ibu tak terkejut perlakuan iman tu, sebab kalau Iman menagis tak tentu pasal. Ibu kadang-kadang (tercubit tu selalu) dan daddy sentiasa akan buat perkara yang sama. peluk..peluk..peluk dan cakap "iman jangan nagis, daddy sayang iman"