Wednesday, June 24, 2009

Dino Trek2, KLCC

Rasanya iman dah boring belajar guna buku. Jadi ibu paln nak bawa Iman tengok Dinosour. Jadi 17/6/2009 after lunch kami ke KLCC. Rasanya ke Petrosains tak sesuai lagi sebab nak round semua lama. Dino Track ni dalam 1 jam dah habis pusing. Seperti biasa, kita berdua saja hari ni. Mcm-macam dinosour ada. Cuma masa belajar mewarna macam dinosour dalam komputer, Iman tanya ibu "barney mana"? ibu tak sempat fikir jawapan tepat :( ibu kata "barney tidur kat rumah dia". Iman pun baru ingatkan ibu, barney tu memang dinosour kan.



Tuesday, June 9, 2009

nenek! nenek!.. basah?

Sebelum tidur, macam biasa ibu daddy dan iman lepak-lepak dulu sambil baca buku atau majalah atas katil. Tapi malam tadi iman nak tengok majalah Anjung Seri, edisi Jun 2009. Tiba-tiba Iman tengok satu mukasurat dan cakap "nenek, nenek, basah mandi"
Ibu dan daddy pun tengok apa yang Iman baca. Rupanya ada satu iklan perkhidmatan membina rumah guna gambar dan halaman rumah nenek (Tok Mama). Yang basah mandi tu maksudnya kolam renang ;) sebab iman tek reti cakap swimming pool lagi.
Maknanya Iman memang memerhati secara terperinci setiap gambar. Dan tak sangka Iman memang boleh agak dengan tepat itu gambar rumah Tok Mama walaupun gambar tu diambil sebelum iman lahir lagi. Malunya, ibu dah baca majalah tu banyak kali tapi tak perasan pun!

Sunday, June 7, 2009

Ayam 1, 2,3.....banyak!

Tadi malam Iman, Ibu, Daddy, Tok Mama dan Tok Wan tido dekat rumah dalam reban ayam Tok Wan. Walaupun dah selalu tengok ayam, tapi kali ni tengok paling banyak. Lebih 80,000 ekor. Iman tau kira one to ten. Sebab dah banyak ayam Iman kata "2,3,4...banyak" dengan muka agak hairan. Agaknya tengah hairan, kenapa gambar ayam yang Iman belajar warna lain (ibu tunjuk gambar bapak ayam kampung), ayam ni warna putih saja.


Saturday, June 6, 2009

Adik Uwais

Tadi malam Iman ke adik uwais di Kelana Jaya. Iman boleh sebut nama "Uwais" dengan betul sejak 1st time ibu ajar. Seronok sangat dia masa nak pegi sana. Mulut tak berhenti bercakap sejak dari rumah sampai ke kereta. "Daddy jom ah? Uwais mana?" Mungkin Iman belum ramai kawan lagi, sebab tu ingat adik yang ini.
Nama sebenar adik ni Uwais syarif al-qarni. Ini dua pupu Iman. Sebab daddy iman dengan abah uwais sepupu. Masa ibu ambil ni umur Uwais 6 bulan.


uwais6month

Photobucket

Friday, June 5, 2009

Spell Ji-an

3 hari lepas kami ke kajang. Masa dalam kereta lagi Iman memang banyak cakap. Daddy kata yang tu genetik ibu..heheh. Ini dialog kami.

Iman : ibu jom ji-an
ibu : tak faham la iman. apa?
Iman : Ji-an
ibu : apa? ulang lagi
Iman : Ji-an (sambil tunjuk signboard pasaraya Giant yang besar kat tepi jalan)
Ibu : oooooo... Giant

Kami gelak sakan. Rasa kelakar sangat. Ini bermakna Iman dah pandai eja sikit-sikit. cuma kena perbaiki lagi sebutannya dalam bahasa melayu dan inggeris.