Tuesday, June 9, 2009

nenek! nenek!.. basah?

Sebelum tidur, macam biasa ibu daddy dan iman lepak-lepak dulu sambil baca buku atau majalah atas katil. Tapi malam tadi iman nak tengok majalah Anjung Seri, edisi Jun 2009. Tiba-tiba Iman tengok satu mukasurat dan cakap "nenek, nenek, basah mandi"
Ibu dan daddy pun tengok apa yang Iman baca. Rupanya ada satu iklan perkhidmatan membina rumah guna gambar dan halaman rumah nenek (Tok Mama). Yang basah mandi tu maksudnya kolam renang ;) sebab iman tek reti cakap swimming pool lagi.
Maknanya Iman memang memerhati secara terperinci setiap gambar. Dan tak sangka Iman memang boleh agak dengan tepat itu gambar rumah Tok Mama walaupun gambar tu diambil sebelum iman lahir lagi. Malunya, ibu dah baca majalah tu banyak kali tapi tak perasan pun!

No comments: