Tuesday, October 5, 2010

Update

Blog Iman bersawang ibu tak update. (nama pun laman sesawang)Ibu tak ada masa. Sebenarnya alasan kan! Masa boleh cari kalau ibu usahakan bersunguh-sungguh. Ibu malas la kebelakangan ni. Sebenarnya ibu update, tapi tak publish sebab semuanya tak habis tulis!!! ok, start hari ni ibu start menulis lagi, termasuk blog ibu sendiri puanseri.blogspot.com :) Adik hanan jangan jelous eh, kakak iman ada blog. Ibu tak cukup staff nak update semua. adik special case..share blog ibu!!

Thursday, February 18, 2010

Terbaru Dr seuss

Sebab Ibu tak balik kampung Pontian cuti Tahun Baru Cina ni. Maka aktiviti kita ialah "santai". Itu ayat untuk Iman dan Daddy. Dalam ertikata ibu ialah "theraphy" shopping complex. Memang hajat utama nak beli buku di MPH sebab hari Ahad Daddy dapat 5 % potongan harga. Ada kawan ibu cadangkan beli buku Dr. Seuss untuk anak-anak. Sebelum ni Ibu tak tahu pun Dr. Seuss buku apa berbanding Daddy yang lebih terdedah sejak kecil. Memang latar belakang Ibu dan Daddy sangat berbeza dan ini sememangnya baik untuk kami terutama dalam pendidikan anak-anak. Tuah kami juga beli buku Dr.Seuss hari tersebut kerana ada ada promosi "buy 3 for 2" dan nampaknya bukan Iman saja yang belajar dari buku Dr.Suess, malah Ibu juga kena belajar sebutan dari Daddy :) (Thanks Daddy, seri memang ada masalah bahasa maklumlah Jawa, Bugis dah bercampur ditambah duduk pekan Cina di tanah Melayu..malangnya semua bahasa tu tak Master!)

Satu lagi tajuk Hop On Pop. Ini beginers book. (ibu pun dah termasuk kategori ini)

Ini buku Kumon ke-3 Iman. Setiap kali dah habis gunting dan tampal. Iman akan gunting gambar-gambar dari majalah Ibu pulak :( (demi anak kurela..dan adik bakal lahir nanti macam mana pulak aksinya)

Ibu baca review semua orang kata bagus. Sebab tu beli buku Phonic Read Easy. Balik saja rumah terus buat test pada Iman. (adik dalam perut dengar ya) Alhamdulillah terus boleh baca siri 1. Tapi setelah Ibu baca setiap siri 1-8. Silibus memang bagus tapi kurang menarik dari segi gambar dan perkataan. Mungkin sebelum ini ibu paling banyak guna web site dan buku-buku phonic free di internet. Kalau dibandingkan memang Iman lagi mudah mengenali bunyi huruf dengan perkataan-perkataan menggunakan media sebelum ini dan mungkin menggunakan komputer lebih menarik dan interaktif.

Ini memang buku kegemaran semua budak perempuan. Boleh berangan lama-lama. Biasanya setiap bulan Iman hanya diberi 1 pilihan. Majalah Princess atau Mickey Mouse Clubhouse. Iman pun dah tahu rules ni, buat aksi cute mana pun ibu tak layan... kecuali Daddy selalu kalah dengan pujukan Princessnya!






Tuesday, February 9, 2010

tambah nilai baju

Nak sambut raya cina. Kami pun sibuk jugak beli barang macamlah ibu nak buat yee sang! Tiba-tiba terasa pulak nak ke bahagian baju baby di Pasaraya Bintang Bangi. Selalu ibu tak masuk situ sebab malas naik tangga.

Nampak baju longgok-longgok dan ibu terajin nak mengirai. Jumpa pulak baju kain cotton dengan harga yang murah RM8. Ibu beli satu saja sebab nak tengok kualitinya setelah dicuci. Takut mengecut atau turun warna. Alhamdulillah, elok pulak selapas dicuci! 3 hari lepas tu kami ke sana lagi, namun hampa kerana baju yang sama telah tiada. Tinggal corak lain yang pada ibu kurang menarik, namun ibu beli jugak untuk Iman untuk ditambah nilai dengan menukar butang sedia ada dengan butang butterfly dan rabbit yang dibeli di Macy dengan harga Rm1 untuk 6 biji butang. Jadi RM8 harga baju, RM2 duit minyak, RM 1 kos butang baru, RM 3 upah 10 minit ibu jahit tangan. Harga baju ini jadi Rm14 sehelai. Rm42 untuk 3 helai baju. Tapi ibu rasa berbaloi dengan harga tu, sebab ibu dah lama tak menjahit baju termasuk baju sendiri. Rasa seronok tengok iman pakai baju tu. Lepas ni kalau jumpa orang pakai baju mungkin sama, tapi tak serupa.








ada kompang ada drum?



ini paling iman kenal. KLCC boleh chupping (shopping) kan ibu!

Sewaktu iman dan Daddy "berdating". Daddy telah diajukan soalan.
Itu apa? ada kompang. daddy berfikir sejenak. Ada drum macam kat rumah iman? Daddy dah ada clue. Maka dapatlah menjawab soalan anak yang hampir 3 tahun :) Itu menara pemancar, kata daddy!
Dan hari selepas itu bila nampak menara ni Iman akan buat soalan pada ibu. Tapi, Ibu buat-buat tak reti jawab. Sebab nak dengar Iman cerita pada ibu tentang menara tu macam mana.

Di sepanjang jalan Putrajaya Bangi ni memang menara pemancar ni dah jadi permandangan biasa. Ibu paling tak suka menara ni terutama kalau dekat dengan perumahan. Bukankah ada garis panduan meletakkan menara ini jauh dari kediaman kera ada kesannya terhadap kesihatan manusia. Tapi di malaysia main redah saja buat di mana-mana. Sangat menyedihkan.


Monday, January 18, 2010

Doa makan



Iman baca doa makan ni masa sedang makan. Mungkin dah lapar sangat! Walaupun "pelat" tapi bunyi doa tu dah agak jelas juga. Teruskan usaha memperbaiki pronounciation. Lepas ni ibu cuba rakam doa tidur dan masuk tandas. Begitu juga surah-surah lazim seperti surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan An-Nass. Kadang-kadang Iman terlupa juga, doa makan mula-mula, tiba-tiba hujung bacaan jadi surah An-Nass.

Bab surah, setakat ini Iman masih ambil sebutan awal dah hujung ayat. Tapi melihat kegembiraan Iman nak belajar pun dah cukup membanggakan Ibu Daddy. Tiada paksaan atau masa-masa belajar ditetapkan. Ibu cuma ajar bila masa yang Iman nak. Sebenarnya semakin banyak Ibu ajar Iman, semakin banyak ibu mengulangkaji. Melalui bacaan mahupun pertanyaan. (takut ajar anak ilmu salah)

Friday, January 15, 2010

Potong Rambut

Pertama kali Iman potong rambut di kedai. Selama ni Ibu potong sendiri. Kos RM3. Itu di kampung ibu ya, Pekan Nanas, Pontian. Bangi ni tak ada harga tu. Ibu dah survey sekitar bangi, KL adalah RM8-RM 10 untuk kanak-kanak perempuan. Masa sekitar 10 minit. Di singapura S$15. Bezanya di singapura ada TV pasang CD Barney dan lain2 kartun depan cermin gunting rambut serta kedudukannya di Shopping Complex. Ibu juga kenal pemilik kedai ini. Aunty lili. Dari ibu kecil sehingga sekolah menengah memang biasa gunting rambut di sini. Mula-mula hanya sebuah kedai gunting kecil sehingga menjadi Akademi tempat belajar mengunting rambut sekarang.

Kalau ibu buat tanpa kos duit. Tapi kos masa sehingga dua hari bersambung akibat Iman tak reti diam-diam . mengangkat vakum yang berat untuk sedut baki rambut dan paling penting hasilnya yang kurang memuaskan hati Tok Mama :) kerana menginginkan cucu perempuannya berambut panjang. Ibu bukan tak mahu biar rambut Iman panjang tetapi sedia maklum bahawa rambut anak ibu ni kurang lebat dan ibu sendiri tak punya masa menyikat rambut iman setiap jam supaya kelihatan kemas. Jadi rambut pendek lebih sesuai dan kemas pada pendapat ibu dan daddy. Hairan juga sampai kedai elok pulak dia tak diam-diam dan ikut arahan tukang gunting tu?




sila abaikan baju "gong xi fa chai" minie itu memandangkan kampung
 ibu berada di kawasan 70% masyarakat Cina

Wednesday, January 13, 2010

Muhammad Iman

Ini bukan nama cadangan untuk bakal adik Iman yang Insya'allah lahir on june 2010. Tapi Iman nak tukar Nama sendiri. Kejadian ni pertama kali berlaku dalam kereta dan berulang-ulang berlaku di rumah suruh panggil nama dia Muhammad Iman. Tapi kagum juga sebab Iman tak boleh sebut "Sofea" dengan betul tapi boleh sebut nama nabi junjungan kita "Muhammad" dengan jelas lagi tepat!

Ibu/ daddy : Iman sofea....
Iman          : Tak nak Iman cecia .. cakap Muhammad Iman
Ibu            : Tak best ke nama tu? Lagipun Muhammad untuk boy bukan nama girl
Iman         : Nak ama (sama) daddy.. Muhammad Syahril
Daddy      : hahahahahaah
Ibu           : Sampai nama pun nak sama daddy? Apakah masalah ibu jaga Iman ni ye :(

Q & A

Sekarang masa Iman banyak soalan. Jawapan kadang-kadang kena hold dulu sebab ibu tak dapat jawab lagi dan ada soalan yang ibu memang tak tau nak jawab. (kena baca dulu). Bukan satu atau dua soalan dalam satu masa tetapi berterusan sepanjang hari kecuali tidur. Tu apa, siapa, nak pergi mana,....
Soalan bagun tidur 


Iman: "ibuuuu" (sejuk hati dengar) daddy mana?
Ibu   : (daddy lagi) Daddy kerja
Iman:  Kenapa kerja? Iman tak ikut? ohhh daddy jumpa kawan?
ibu  :  Cari rezki. Iman duduk rumah teman...... 
Iman: rezki apa? daddy pegi mana?
Ibu   :( rasanya soalan yg tadi pun tak habis jawab)
         (terus dengan perbualan di atas katil sampai soalan akhir sesi pagi)
Iman : ibu, iman laparlah
Ibu    :Tau pun lapar, ingatkan iman kenyang dengan berbual aje :)

Friday, January 1, 2010

daddy tolong!!

Iman jatuh basikal.. Ada tanda hijau di dahi. Tapi bukan itu Ibu nak ceritakan. Kalau orang biasa sebut spontan ALAMAK! TOLONG MAK! MAK DATUK! semuanya berkaitan ibu. Iman lain sikit, masa jatuh dari basikal dia sebut AHHHH...DADDY TOLONG! Sebelum ni memang dah perasan untuk hal-hal lain memang dia sebut daddy dulu. Tapi masa jatuh ni pelik sikit bunyinya. Hairan kan 24/7 dengan ibu, tapi hal-hal spontan cari daddy?

Agaknya ibu garang ek? oklah lepas ni ibu kena belajar dengan daddy. Kena sabarrrrrrr banyak-banyak macam daddy :)

tudung terbalik

Iman: Sorry ibu
Ibu   : Kenapa
Iman: Apak abut, tudung abalik (nampak rambut, tudung terbalik)
         sambil tolong masukkan rambut balik dalam tudung
Ibu   : Terima kasih
          malu 

Sweeeeeetnya anak girl ibu ni. Siap ada sorry kat depan tu :) Dah besar dah anak ibu, tau jugak eh beza selekeh dengan kemas.