Wednesday, December 26, 2007

lentok kepala

Comel sangat!! Iman boleh lentok kepala ke kiri dan kanan. Yang ni dia Pak Su Amirul yang buat dan tak sangka Iman boleh ikut. 1st time ibu kesan kebolehan ni pada 30 November 2007 waktu malam ketika majlis kahwin.
Hari ni juga ada berita sedih. Siang tadi juga, moyang Iman (Siti Aminah) belah daddy telah kembali ke rahmatullah. Iman sofea ni kira cicit kedua yang sempat dilihat oleh arwah selepas Huzaifah Azmi yang dah usia dua tahun sekarang.

Tepuk tangan

Iman dah pandai tepuk tangan pada usia lapan bulan. Ibu pun tak perasan Iman belajar dari mana. Sedar-sedar 11/12/07 dia tepuk tangan sendiri.Kalau tak silap Iman belajar dari kartun Barney di saluran 603 ASTRO. Sebab tiap-tiap hari bila di rumah mesti buka saluran tu. Lepas dia pandai tepuk tangan baru dia belajar lagu "pok-pok amai" dari orang lain. Sekarang bila nyanyi lagu tu atau orang lain tepuk tangan, Iman dah pandai tiru.

Monday, December 10, 2007

Gambar Dec




Iman dah 8 bulan!! Gambar ni kat Hospital Sultanah Aminah JB. Melawat Balqis (sepupu iman) sakit.

Wednesday, November 28, 2007

bye-bye

Dah pandai lambai tangan. Kadang-kadang bila teringat dia sebut "bye".

Monday, November 26, 2007

Pak Ngah azrul & Mak Ngah sarah

Rumah Tok Wan di Rantau Panjang

Rumah Tok Wan di Kulim



Iman travel jauh ke Kg Sungai Batu, Kedah bermula 24/11/07 lagi. Ini Khas nak meraikan hari bahagia Pak Ngah Azrul. Sepanjang perjalanan Iman tak meragam pun. Mungkin Sebab Iman dah biasa jalan jauh. Selepas majlis tu Iman balik ke Kulim dan Sungai petani, duduk rumah Tok Wan dan Tok pulak. Balik ke Bangi semula 27/11/07.

Saturday, November 24, 2007

kerusi makan



Ibu dan daddy baru beli kerusi makan Iman. Lepas ni kita boleh makan sama-sama di meja. Beli di ikea dengan harga RM69. Kerusi ni warna putih. Stabil dan ada tali pinggang sekali. Nampak selesa bila Iman duduk.

Thursday, November 1, 2007

mamamia..mamamak

Iman dah pandai cakap! sekarang ni dia suka cakap mama..mama.. mamak. Selalunya memang tak lama dia cakap perkataan yang sama. Tak lama lagi iman ubahlah berkataan baru.

Monday, October 29, 2007

gambar October 2007


Ni gambar sejurus saja iman bangun dari tidur di pagi syawal 2007. Cute sangat iman buat mulut muncung macam tu. rambut masih lagi tak lebat :(

Thursday, October 11, 2007

solid food

Iman dah boleh makan solid food sebab dah 6 bulan. Mula-mula ibu bagi bagi nestum dulu, iman tak biasa. dia asyik luah saja. Sekarang dah boleh cuba makan bubur nasi, carrot, ikan bilis, bayam dan kentang. Semuanya kena kisar halus dulu.
Minggu pertama ibu bagi makan sehari sekali dan sekarang minggu kedua dah mulakan sehari dua kali dan kadangkala ada minum petang dengan buah sikit.
Banyak info resepi diambil dari http://www.wholesomebabyfood.com. Ini salah satulah. ada banyak lagi yang lain.

Monday, October 8, 2007

Gambar September 2007


Ini gambar Iman pada usia hampir enam bulan. Ibu lupa nak masukkan bulan lepas. Ni dia si pipi gebab dengan ibu. Ni gambar baru lepas nangis. Tengok camera pun macam tak ada mood.

Tuesday, September 25, 2007

Boleh duduk



Iman dah boleh duduk tanpa disokong. Syok la dia main sambil duduk, sampai tak nak baring langsung. Beberapa minggu lepas iman memang dah boleh duduk, tapi asyik jatuh. Sekarang dia dah boleh seimbangkan badan dengan betul.

Thursday, September 20, 2007

Balik johor kali ke 3

aircon semulajadi

aksi balqis dengan bedak sejuk


dua-dua puteri dah mandi


Iman baru balik dari rumah nenek johor dari 15 sept- 18 sept 2007. Masa kat sana ibu long, mak ngah dan mak su sibuk main dengan dia sampai lupa tidur. Ibu dan daddy pun sibuk bawa sana sini sampai iman kepenatan. Cuaca panas sangat masa di johor, maka ibu mengambil inisiatif menghasilkan suasana berhawa dingin secara semulajadi dengan towel basah sewaktu iman tidur. Kalau tak iman asik menangis kepanasan.

Sepupu Iman balqis pun dah makin sihat. sekarang ibu long jaga dia setiap hari di rumah nenek. Walaupun beza sebulan dari iman, tapi berat dia lebih sekilogram. Nampak chubby sangat!!


Friday, September 7, 2007

Port Dickson

mandi dengan daddy

tulis nama atas pasir

jejak air laut

Telok kemang waktu senja

Ini benda baru buat iman. Pertama kali tengok laut. Dia pandang sana sini, sebab selalu iman tengok air sikit saja, paling banyak pun kat swimming pool. Tapi kesian, Iman penat sangat lepas mandi laut sampai tertido sambil duduk. Ibu dukung pun dia tak sedar langsung. Lepas mandi jer iman terus tido direct 2 jam lebih.

Wednesday, September 5, 2007

Stroller/Car seat

car seat dalam kereta

model senyum




Stroller & car seat ni dapat masa hari pertama Iman lahir. Tok Wan bagi hadiah Aria OH Peg Perego. Stoller ni memang banyak berjasa.Di mana saja bawa iman, memang stanby stroller dalam kereta. Ini antara ciri-ciri stroller ni.

FEATURES
  • The ultimate lightweight full-featured convenience stroller
  • Folds easily and compactly with one-hand and one step
  • Travel-system: Retractable car seat anchors to instantly attach matching Peg Perego car seat (sold separately) (includes strap to attach other manufacturers' car seats)
  • 5-point freedom of movement harness for security and well-being of the child
  • Spacious basket is easy to reach
  • Child's play/snack tray can be opened or removed for easy access to baby
  • New large, adjustable, ratcheting hood
  • Spacious seat with multi-position backrest
  • All-wheel suspension, swivel front wheels, rear wheel brakes
  • Removable, hand washable upholstery
  • Handle for carrying when folded
  • Adult cup holder on handlebar
  • JPMA safety certified
  • Designed in Italy















Saturday, September 1, 2007

Pasar malam



Lawatan pertama iman ke pasar malam. Sebab susah nak bawa stroller ke sana, pukul 9 malam daddy pergi beli baby carrier dulu. Harganya RM59.90. Kiranya kos bawa iman ke pasar malam lagi mahal dari barang yang kami beli kat situ. Iman diam sepanjang perjalanan. Teruja kot tengok banyak lampu & bunyi bising. Iman juga muntah masa balik tu, mungkin sebab pening duduk duduk dalam baby carrier tu terhenjut-henjut.

Friday, August 31, 2007

ha..ha..ha



Iman suka ketawa. tapi bukan dengan ibu :( Selalu juga nak berbual. Apa yg daddy buat, semua boleh jadi lawak. Semuanya iman ketawa sungguh-sungguh. Susah nak berhenti. Iman tak penat, tapi ibu yang tengok jadi penat :)

Tuesday, August 21, 2007

Gambar bulan August



Ni foto terbaru Iman! Sekarang dah pandai meniarap dan jerit-jerit. Masih ekslusif minum susu ibu. Nanti usia 6 bulan baru ibu bagi makan ok. Sebab kalau bagi makan sekarang usus masih belum proses makanan dengan baik, takut nanti membahayakan buah pinggang. Nasib baik zaman sekarang ni banyak bahan yang boleh dirujuk kalau tak tahu sesuatu tentang penjagaan bayi. Jadi kita tak ikut cakap orang membuta tuli sebab tahu sebab dan akibat sesuatu perkara tu. Ibu dan daddy cuba berikan the best untuk iman.

Saturday, August 18, 2007

Pindah blog

Sebelum ni blog Iman di http://imansofea.lifelogger.com/blog Sekarang ibu dah pindahkan semua ke blogspot. Semua sebab, kat sini lebih senang nak diselenggarakan. Lifelogger selalu ada masalah letak gambar atau upload video. kadangkala terus tak boleh buka sebab tengah upgrade system. Harap blog kali ni tak banyak masalah timbul lagi.

YIPPIE account


Ini akaun bank pertama Iman. YIPPIE dari Maybank. Dapat juga tabung, tapi ibu yang guna dulu :)

(19 July 2007 6:19 PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

Puji

Sebelum ni ibu dan daddy asik puji iman tak suka nangis. Tapi sekarang dah terbalik. Iman dah besar dan banyak akal. Pandai suruh orang angkat dia, kalau tak dia buat bunyi nangis. Alahai harap-harap sementara saja perangai ni.

Iman makin galak "makan" tangan. Entah apa yang sedap. Buat masa ni ibu tengah fikir nak bagi pacifier ke tidak. Kalau tak bagi habis basah semua tangan. geli pulak ibu nak pegang. Tapi kalau bagi pulak, takut iman ketagih nak gigit pacifier dan kebarangkalian gigi Iman waktu tumbuh nanti tak cantik. Mitten pun Iman dah pandai sangat buka sendiri. Dia suka gigit jari terus dari gigit mitten tu.

(16 July 2007 1:19 PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

Friday, August 17, 2007

Demam

Iman demam dua hari kesan daripada suntikan imunisasi. Ibu dan daddy bagi makan ubat demam paracetamol dalam bentuk cecair. Sepanjang Iman demam, Iman moody sikit. Tak nak berbual macam biasa. Nak tidur pun merengek-rengek.

( 2 July 2007 5:49 PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

Imunisasi

Hari ni Iman ambil suntikan imunisasi pada usia 3 bulan. kami difahamkan, ini adalah imunisasi 6 serangkai. Dulu paling banyak pun cuma 3 serangkai. Kini dengan vaksin kombinasi enam dalam satu yang memberi perlindungan terhadap difteria, tetanus (kancing gigi), pertusis (batuk kokol), polio, hepatitis B dan Influenza Haemofilus Jenis B (HiB) mampu mengurangkan kesakitan dan kekerapan ke klinik atau hospital. Hari ni, Daddy pegang Iman sekali lagi masa disuntik. Kali petama masa usia Iman dua bulan.
Iman sikit pun tak takut, malah sempat bertegur sapa dengan misi tu. Tapi bila dicucuk jarum saja, Iman terus menagis selama lebih kurang 10 saat.

Buat masa ni ibu boleh kira kekerapan Iman menangis dengan penuh emosi sejak Iman lahir. Ni boleh kata nangis sekitar 10 minit. Yang ibu Ingat dua kali kat rumah tok wan dan dua kali di rumah sendiri. Yang lain tu semua menangis main-main. Senang la ibu dan Daddy jaga Iman. Diharap sikap baik Iman (tak suka nangis) akan terus sampai bila-bila :)

(28 Jun 2007, 8:05 AM http://imansofea.lifelogger.com/blog)


Terus belajar



Umur iman dah dua bulan setengah. Semakin pandai meniru apa orang buat. Selalu buat ibu ketawa. Iman semakin memerhatikan keadaan sekitarnya. Kadang-kadang pandai meniru apa yang org lain buat. Contohnya bila daddy garu kepala, iman juga akan buat sama. Begitu juga dengan kebolehan bercakap. Iman akan sentiasa memerhati pergerakan bibir apabila berkomunikasi dengannya. Perkataan dua sukukata yang mudah kadangkala boleh ditiru. Contohnya "Apa" , "Ibu", "Ini". Lebih dari dua sukukata dia akan memandang sahaja. Paling tidak pun dia akan bunyikan intonasi yg hampir menyerupai. Iman juga dah boleh meniarap. Tapi tidak terlalu kerap. Iman cuma belajar bila orang sekeliling tak ada. Bila tak boleh bangun baru menangis minta tolong. Tak tahu kenapa bila orang ada dia tak mahu tunjuk skill. mungkin malu kalau tak jadi agaknya.. hahah 9 Jun 2007. Iman baru dapat seekor kambing biri-biri hadiah daripada Pak Ngah Hafiz dari New Zealand. Ibu tak sangka pada hari kedua bersama kambing tu Iman dah boleh mengajuk bunyinya. Nampaknya, skill Iman bercakap memang cepat berkembang!

(15 June 2007 1:38PM , http://imansofea.lifelogger.com/blog)


Iman Talks



Ini antara dialog yang sempat daddy rakam. Sebenarnya Iman dah boleh sebut Ibu masa umur 1 bulan. Tapi tak berapa jelas dengan sebutan "emvuu". Sekarang iman dah pandai lebih lagi. Boleh mengajuk apa yang yg org cakap sekitar 1 hingga dua suku kata. lebih dari tu Iman tak pandai lagi. Dulu masa dalam perut ibu pernah beri tahu daddy, yang ibu akan pastikan Iman akan pandai panggil Ibu dulu :). Sekarang semuanya terbukti.

(7 June 2007 12:48PM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)

All about Iman



Ini first entry blog Iman Sofea. Buat masa ni Ibu & Daddy akan catatkan semuanya tentang Iman. Mungkin suatu masa bila iman dah pandai tulis, dia boleh update sendiri blog ni. Blog ni saya signup sekitar hari hari ke 22 Iman lahir. Alhamdulillah, nama ini masih available.

(4 June 2007 10:18AM, http://imansofea.lifelogger.com/blog)