Wednesday, October 28, 2009

melihat dan mendengar

Ini perkara asas dan paling simple untuk  kanak-kanak belajar  termasuk iman  yang dah masuk 31 bulan. Sekarang ni Iman paling suka ikut ibu masuk dapur. Mula-mula perhatikan ibu buat dan lepas tu mesti nak cuba buat. Bila Iman mintak air milo dia mesti  cakap "  iman nak nok" iman nak nok" (nak tengok) . Pada mulanya ibu malas nak layan sebab bersepah, lambat dan risau air panas. Daddy pulak kata, Ibu tak boleh sekat kreativiti iman sebab dia dalam proses belajar. Jadi kami pun layankan saja kalau Iman berminat beberapa perkara. Antaranya, tolong tuang beras dalam   periuk, masukkan milo dalam cawan dan tuang sendiri susu segar atau susu krim, kacaukan air kopi daddy dalam cawan, tuang air sendiri dalam cawan, asalkan semuanya dalam kawalan ibu atau daddy.
Hasilnya,
 -Iman tahu buat milo kecuali air suam yang ibu akan tuangkan. Iman pun tahu air panas berbahaya. Dia akan kata "ibu ini air hot, iman takut" (ini air panas kan  ibu, iman  tak boleh main) .
-Prosedur masak nasi. Iman akan tolong  ibu masukkan dua pot beras dalam periuk sebelum ibu masak.
-buang sampah dalam tong sampah sahaja.  
-kemas pinggan dan cawan sendiri lepas makan dan letak atas meja seperti yang dilihat.

Sekarang Ibu faham kenapa masa Ibu kerja dulu Daddy kata "duit boleh cari, tapi tak mahu terlepas melihat pengalaman anak membesar di depan mata". "kalau daddy sibuk, sekurang-kurangnya anak-anak ada ibu untuk mengadu". Sejak itu dengan rela hati ibu berhenti kerja makan gaji dan terima tawaran kerja baru iaitu "pengurus rumahtangga". Ibu tak menyesal, malah bersyukur dengan apa yang dikurniakan kerana tak semua orang dapat peluang seperti ibu. Insya'allah ibu berusaha dan berdoa semua yang terbaik untuk iman dan adik-adik iman nanti :).
                  

2 comments:

Anonymous said...

seriyes bes giler entry ni, betul kite takleh sekat anak kite, nanti die jadi fobia ng malas... nnt kene treat raina & adik2 die macam ni :) satu je, awe dah ckp ng redza nk jd pengurus rumahtangga gk tp redza x setuju... xpelaa, tlg suami cari nafkah (tambahan) pun dpt pahala kan :)

iman said...

insya'allah hawa , apapun kita buat kerana allah, semua tu ibadah :)
that's why akak jual tudung, pun cari duit tambahan juga.