Thursday, April 3, 2008

Jalan sana sini

Sekarang Iman dah pandai jalan. Bukan jalan dan jatuh macam 2 minggu lepas. Oleh kerana terlalu rajin sangat practice jalan tak kira masa, malam-malam mesti susah tidur. Bila dia penat mesti meragam dulu baru tidur. Disebabkan itu kadang-kadang ibu terjerit malam-malam buta suruh Iman tidur.

Tangga dah kurang menjadi perhatian sejak pandai berlalan ni. Tapi barang-barang dapur menjadi permainan. Sebuk Paprika, tin nestum, kiub ayam antara yang menarik perhatian. Mungkin ringan dan senang bawa ke tempat lain untuk disimpan semula. Inilah dikatakan deco rumah baru versi iman sofea. Makanan bukan lagi disimpan di dapur, tapi susun di tangga @ depan TV.

No comments: