Saturday, November 21, 2009

belajar pasal tranport



Kemanapun Ibu dan Daddy bawa Iman selalunya ada saja untuk dipelajari. Selain dari gambar-gambar kami juga tunjuk kenderaan yang sebenar kalau ada kesempatan. Umur setahun setengah iman dah tau sebut "tractor". Ini sebab rancangan "bob the builder". Sekarang macam-macam lagi tahu termasuk kren yang biasa kat tapak pembinaan. Tapi ibu masih tak boleh bezakan iman sebut "train dan kren".. hahah. iman sebut macam sama jer. Van dan bus pun iman boleh keliru sebab kadang-kadang van tulis "bas sekolah". Sekarang kalau tanya soalan Iman pernah naik apa? jawapan dia jadi panjang sebab nak cerita semua kenderaan yang dia pernah naik dan ditokok tambah imiginasi naik roket dalam cerita "little einsteins" dan macam-macam lagi yang boleh menyedapkan jalan cerita :)

Kebetulan masa balik kampung ada kesempatan melihat pelbagai kenderaan lain. Maka bertambah lah lagi idea Iman bila bercerita tentang kenderaan.


 tiba-tiba heli turun dekat kampung?


Danga Bay berpesta buih


ulangkaji, iman pernah naik di zoo


ulangkaji jugak, feri


sail boat @ Sail Malaysia Darwin Langkawi Passage 2009


inilah "anak daddy"







No comments: