Friday, December 5, 2008

DELL

Iman start belajar Alphabet phonic mula umur setahun. Ibu ajar sikit-sikit bila iman mintak sendiri. Antaranya guna software free di www.starfall.com selain buku-buku yang iman nampaknya kurang suka. Paling simple tampal nama iman depan bilik lepas tu eja hari-hari. Sebab suka kucing, ibu ajar eja cat {kuh, aah, tuh} . Yang peliknya, yang ibu ajar setiap hari iman tak nak sebut sendiri. Tapi nak eja perkataan yang ibu tak ajar lagi. Mungkin saja nak test perkataan mencabar sikit.
Paling baru iman sebut deh, ell dan bunyikan sendiri DELL. Berkesan jugak sistem ni kan. Kira memuaskan juga iman boleh eja pada usia 20 bulan. walaupun perkataan simple :)

Saturday, October 11, 2008

lagu favorite-barney

Ini lagu favorite iman buat masa ni! menyanyi sambil buat aksi lagi.

i love you
you love me
we're a happy family
with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too!

i love you
you love me
we're best friends as friends should be
with a great big hug and a kiss from me to you
wont you say you love me too!




Duit raya

Ziarah hari raya bukan bertujuan untuk dapat duit. Tapi mengeratkan silaturrahim. Tapi dah macam budaya masyarakat kita bagi duit pada kanan-kanak dengan tujuan sedekah disamping buat mereka seronok. Jadi duit raya Iman tahun 2008 ialah RM1000+. Semua ibu dah masukkan dalam bank :)

Bunyi haiwan

Ini antara bunyi haiwan yang iman pandai tiru.Walaupun kadang-kadang memang tak sama bunyi langsung tapi iman cuba juga dengan muka bersungguh-sungguh.

Donkey- eee-ok, eee-ok (ini daddy ajar, ibu pun tak tau donkey bunyi ni)
Cat- miau-miau
Pig- an,an
Lion, dinosour, tiger, giraffe-ghauuu (ini belajar dr TV dan ibu masih tak faham kenapa bunyi semua 4 binatang ni sama?)

Tuesday, July 29, 2008

Vaksin Chiken-Pox

Hari ni Iman ada temujanji di UKMSC dengan Prof. Rahmah untuk imunisasi cacar air atau dikenali sebagai Chiken-Pox. Sebelum ni iman sudah melengkapkan 3 kali suntikan Prevenar di hospital yang sama. Caj suntukan ini di UKMSC ialah RM133.
"Virus Varicella" merupakan penyebab kepada penyakit berjangkit cacar ini. Cara jangkitan adalah melalui pernafasan ataupun terkena cecair pada mereka yang menghidapnya. komplikasinya adalah boleh menyebabkan radang paru-paru, radang otak dan parut serta memungkinkan penghidap mendapat kayap pada masa akan datang. Insya'allah penyakit ini boleh dicegah dengan memberi anak kita vaksin cacar air pada usia satu tahun ke atas. Setakat ini kerajaan Malaysia masih belum memberi imunisasi Chiken-Pox secara percuma. Jadi ibu bapa perlu ke Klinik swasta untuk mendapatkannya.

Thursday, May 15, 2008

solat

Iman dah tau buat rukuk masa solat. Sungguh-sungguh sangat masa dia cuba bongkokkan badan ketika rukuk tu. Selalu dia tengok saja orang lain solat dan duduk atas sejadah. Tapi dua hari lepas dia dah ikut daddy rukuk dalam solat asar. Sujud pun iman pandai , tapi sebab pernah terhantuk kuat kat lantai dia jadi takut-takut nak buat lagi. Nanti ibu cuba buat telekung untuk budak 13 bulan ni. Tapi tak taulah bila boleh siap sebab sekarang ni belum sempat ibu gunting kain iman dah kacau!! Maklumlah iman kan anak yang rajin mengemas :)

Wednesday, April 23, 2008

Gambar April

Gambar ni diambil masamasa makan di Jusco IOI Puchong.