Tuesday, July 29, 2008

Vaksin Chiken-Pox

Hari ni Iman ada temujanji di UKMSC dengan Prof. Rahmah untuk imunisasi cacar air atau dikenali sebagai Chiken-Pox. Sebelum ni iman sudah melengkapkan 3 kali suntikan Prevenar di hospital yang sama. Caj suntukan ini di UKMSC ialah RM133.
"Virus Varicella" merupakan penyebab kepada penyakit berjangkit cacar ini. Cara jangkitan adalah melalui pernafasan ataupun terkena cecair pada mereka yang menghidapnya. komplikasinya adalah boleh menyebabkan radang paru-paru, radang otak dan parut serta memungkinkan penghidap mendapat kayap pada masa akan datang. Insya'allah penyakit ini boleh dicegah dengan memberi anak kita vaksin cacar air pada usia satu tahun ke atas. Setakat ini kerajaan Malaysia masih belum memberi imunisasi Chiken-Pox secara percuma. Jadi ibu bapa perlu ke Klinik swasta untuk mendapatkannya.

No comments: