Wednesday, April 23, 2008
Makan sendiri
Iman dah tau makan sendiri. Ibu sedar waktu kat kedai makan, iman suap nasi masuk dalam mulut. Sebelum ni makan biskut, minum air dalam cawan memang dah pakar. Tapi suap nasi kemahiran terbaru dua minggu lepas. Bukan suap mulut sendiri saja, mulut orang lain pun iman paksa suruh makan!
Tuesday, April 8, 2008
sinonim pada ibu dan daddy
Iman dah jarang panggil ibu saja. sekarang dia panggil umi, kadang-kadang mak. mamapun pernah. Daddy pun dia panggil macam-macam. bapak, papa, ayah, abah semua pernah. kalau dia dengar orang panggil apa. Iman pun ikut sebut juga. Tapi tak kisahlah asalkan iman faham maksudnya semua sama.
berlari
Sejak pandai berjalan, ibu dah penat sangat nak tangkap Iman bila rajin "mengemas". sekarang dah nak lari pulak. Lagilah ibu kena tambahkan stamina untuk bersaing dengan tenaga Iman yang macam bateri Energizer.
Thursday, April 3, 2008
Jalan sana sini
Sekarang Iman dah pandai jalan. Bukan jalan dan jatuh macam 2 minggu lepas. Oleh kerana terlalu rajin sangat practice jalan tak kira masa, malam-malam mesti susah tidur. Bila dia penat mesti meragam dulu baru tidur. Disebabkan itu kadang-kadang ibu terjerit malam-malam buta suruh Iman tidur.
Tangga dah kurang menjadi perhatian sejak pandai berlalan ni. Tapi barang-barang dapur menjadi permainan. Sebuk Paprika, tin nestum, kiub ayam antara yang menarik perhatian. Mungkin ringan dan senang bawa ke tempat lain untuk disimpan semula. Inilah dikatakan deco rumah baru versi iman sofea. Makanan bukan lagi disimpan di dapur, tapi susun di tangga @ depan TV.
Tangga dah kurang menjadi perhatian sejak pandai berlalan ni. Tapi barang-barang dapur menjadi permainan. Sebuk Paprika, tin nestum, kiub ayam antara yang menarik perhatian. Mungkin ringan dan senang bawa ke tempat lain untuk disimpan semula. Inilah dikatakan deco rumah baru versi iman sofea. Makanan bukan lagi disimpan di dapur, tapi susun di tangga @ depan TV.
Friday, March 28, 2008
Akikah dan birthday Setahun
Sebenarnya kenduri ni bukan khas untuk akikah saja. Tapi buat doa selamat juga untuk Tok dan Tok Wan punya anniversary yang ke 30 tahun. Buat juga untuk arwah moyang iman yang kembali ke rahmatullah tahun lalu. Untuk kek birthday ibu tak payah tempah sebab Tok Kata dia nak buat sendiri untuk Iman. Malam kenduri tu Ibu dan Iman pakai baju corak yang sama. Rami jugak tetamu datang malam tu. Iman suka sangat sebab ramai orang sampai tak nak tidur. Malam tu Iman tidur jam 2:30 pagi.
Saturday, March 22, 2008
Basikal
Subscribe to:
Comments (Atom)

