Saturday, October 17, 2009
Ini kite!
Iman kata "ini kite"
Ibu kata "layang-layang ibu tak nampak, tapi tali layang-layang tu memang nampak real" :)
Friday, October 16, 2009
lagi-lagi swimming!
Sama saja perangai Iman masa swimming dari baby sampai dah 2 tahun setengah ni. Tiap kali keluar kolam mesti menangis-nangis. Tapi, kali ni Iman pakai baju mandi baru. Ini saiz 3 tahun, body tu dah fit, tapi part skirt tu dalam gambar baru ibu terperasan singkat pulak!
Seperti biasa, tiap kali swimming rumah Tok Wan, Daddy yang akan teman Iman. Ibu tak mau temankan sebab ibu sendiri tak tau swimming. Daddy pun memang rajin teman anak dara dia ni. Buktinya, kali ni mandi daddy teman Iman mandi sampai 7.30 malam. Seperti biasa sesiapa yang mandi dengan Iman akan kesejukan dulu berbanding Iman yang tahan sejuk sampai kecut tangan.
Wednesday, October 14, 2009
Jam
Walaupun iman belum tahu tengok jam, entah kenapa di suka sangat kat jam ni. belum bayar dah bukak plastik dan guna :) . Jam ni kosnya cuma RM6 di Kinokuniya, KLCC.
I love phonics
Ini aktiviti book terbaru Iman beli bulan lepas. Sebelum ni adalah ibu beli 2-3 jenis dan buat aktiviti di internet. Ibu rasanya sekarang ni Iman dah sesuai beli aktiviti book phonic. Sebab iman dah lulus semua sebutan phonic A-Z sejak umur 2 tahun. Walaupun iman lebih suka belajar guna komputer mungkin sebab lebih interactive. Ibu beli juga buku sebab lebih senang dibawa ke mana-mana. Sebelum ni cari-cari juga di MPH, tapi tak jumpa pulak buka yang simple dan murah macam ni. Ibu dan Iman beli sama-sama di kedai buku Boardes Times Square. Harga Asal RM2.90 dan ada diskaun 20%.
Sebab murah jadi ibu beli terus satu set buku phonic 1-6 dan 2 buku lagi belajar menulis huruf besar dan kecil. Semua 8 buku ni kosnya cuma RM18.40.
Iman jawab semua betul, tapi yg garisan tu ibu buat.
Inilah contoh Iman mewarna
Dora world adventure!
beg sheep
Buku Dora ni beli di kedai buku Kinokuniya KLCC pada 10/10/09 lepas. Ntah kenapa sejak umur dua tahun ni Iman suka dengan watak Dora dan Diego. Selipar pun pakai Dora jugak! Pencil tulis pun nak Dora jugak! Ibu setuju beli buku ni pun sebab Iman boleh belajar guna binocular dan ada slide yang boleh ditukar ikut situasi dalam buku tu.
Sebelum ke Kinokuniya, ibu ke I Setan dan offer beg sandang Dora pada iman, dia jawab "Iman tak nak la bu, Iman dah ada beg sheep" (alhamdulillah dah pandai berjimat :) ke beg tu tak lawa)
Lepas tu Ibu ke Parkson lalu sebelah kedai promosi baju mandi, Iman jerit "ibu nak mandi, ibu nak mandi"
Kebetulan baju mandi Iman memang dah ketat sebab guna dari baby, jadi ibu pun belilah jugak. Jadi, peruntukan shopping ibu yang daddy bagi hari ni RM200, habis semua utuk Iman :( daddy ganti balik ek
belajar cut & paste
2 minggu lepas daddy dapat diskaun 20% untuk semua buku yang dibeli di MPH. Seperti biasa buku Iman tidak ketinggalan selain buku daddy yang sentiasa ada yang baru . tak larat ibu kemas! .
Iman sangat suka stiker dan biasanya setiap buku yang ada stiker akan mula digunakan sebaik sahaja daddy habis bayar di kaunter dan sampai di rumah sambung habiskan semua. Maka, kali ini ibu fikir nak ajar iman potong dan tampal. Jadi ibu cuba beli 2 buku silibus kumon sebab gambar-gambarnya menarik dan colourful.
Paling penting sebelum ajar anak kecil potong kertas, guntingnya mestilah khas dari material plastik. Jadi taklah boleh melukakan kalau terkena jari. Iman tak reti gunakan gunting lagi, tapi ibu baru ajar masukkan jari dan biasakan dia gerakkan gunting tu. buat masa ni Ibu tolong potongkan gambar dan Iman letak gam dan tampal. Sebab sangat suka tampal gambar, (sebenarnya suka main gam kot) hari pertama guna buku tu terus 8 aktiviti dia buat. Itupun ibu dah sembunyikan buku tu. Kalau tidak boleh habis satu buku tu sehari!
tulis date dulu
gigih belajar pegang gunting beserta dengan muncung mulut
nak gambar lain pulak!
Thursday, October 8, 2009
"iman sayang Ibu"
Hari ni iman bagi ibu tonton TV3. Rancangan Ole-ole bersama Chef Wan. Biasanya asyik berebut dengan ibu nak tonton Playhousedisney rancangan yang Iman sebut "cici mouse oh os" (Mickey mouse club house). Walupun rancangan masak, tapi amat menyentuh perasaan sebab Chef Wan masak di rumah orang kurang upaya. Ada yang tua, ada yang muda. Ibu ternangis dan keluar air mata! (kememeh kan)
tiba..tiba.. iman bawa tisu dan kata "ibu anan anish"... iman sayang ibu sambil peluk siap tepuk belakang lagi.
ahhhh.. ibu jadi lagi emo.. sob-sob. anak kecil dua tahun setengah dah paham emosi ibunya!
Tapi ibu tak terkejut perlakuan iman tu, sebab kalau Iman menagis tak tentu pasal. Ibu kadang-kadang (tercubit tu selalu) dan daddy sentiasa akan buat perkara yang sama. peluk..peluk..peluk dan cakap "iman jangan nagis, daddy sayang iman"
Subscribe to:
Posts (Atom)














