Tuesday, April 8, 2008

sinonim pada ibu dan daddy

Iman dah jarang panggil ibu saja. sekarang dia panggil umi, kadang-kadang mak. mamapun pernah. Daddy pun dia panggil macam-macam. bapak, papa, ayah, abah semua pernah. kalau dia dengar orang panggil apa. Iman pun ikut sebut juga. Tapi tak kisahlah asalkan iman faham maksudnya semua sama.

berlari

Sejak pandai berjalan, ibu dah penat sangat nak tangkap Iman bila rajin "mengemas". sekarang dah nak lari pulak. Lagilah ibu kena tambahkan stamina untuk bersaing dengan tenaga Iman yang macam bateri Energizer.

Thursday, April 3, 2008

Jalan sana sini

Sekarang Iman dah pandai jalan. Bukan jalan dan jatuh macam 2 minggu lepas. Oleh kerana terlalu rajin sangat practice jalan tak kira masa, malam-malam mesti susah tidur. Bila dia penat mesti meragam dulu baru tidur. Disebabkan itu kadang-kadang ibu terjerit malam-malam buta suruh Iman tidur.

Tangga dah kurang menjadi perhatian sejak pandai berlalan ni. Tapi barang-barang dapur menjadi permainan. Sebuk Paprika, tin nestum, kiub ayam antara yang menarik perhatian. Mungkin ringan dan senang bawa ke tempat lain untuk disimpan semula. Inilah dikatakan deco rumah baru versi iman sofea. Makanan bukan lagi disimpan di dapur, tapi susun di tangga @ depan TV.

Friday, March 28, 2008

Akikah dan birthday Setahun



Sebenarnya kenduri ni bukan khas untuk akikah saja. Tapi buat doa selamat juga untuk Tok dan Tok Wan punya anniversary yang ke 30 tahun. Buat juga untuk arwah moyang iman yang kembali ke rahmatullah tahun lalu. Untuk kek birthday ibu tak payah tempah sebab Tok Kata dia nak buat sendiri untuk Iman. Malam kenduri tu Ibu dan Iman pakai baju corak yang sama. Rami jugak tetamu datang malam tu. Iman suka sangat sebab ramai orang sampai tak nak tidur. Malam tu Iman tidur jam 2:30 pagi.

Saturday, March 22, 2008

Basikal


Basikal ni beli waktu jualan gudang Mydear di Puchong. Harga RM93 waktu sales. kalau tak silap harga asal RM120. Basikal ni ada lagu sekali. Iman pun dah pandai tekan semua butang lagu tu. Jira-jiran pun dah tau, yang kitorang mesti ada kat rumah kalau bunyi lagu dari basikal iman ni.

Thursday, March 20, 2008

Gambar March


Sebenarnya gambar ni ambil masa 27 February 2008. Tapi bolehlah masukkan untuk gambar bulan march. biambil masa sales buku di MPH Midvalley. Konon-konon nak suruh Iman pilih buku sendiri, tapi dia nak pegi rak buku orang dewasa.

Sunday, March 2, 2008

Gambar February


Gambar ni ibu ambil dalam kereta tok masa dalam perjalanan nak naik feri di Penang. Tengok betul-betul gambar tu. Ada orang lain dalam gambar yang tengah ngurat Iman masa jalan jem ni!