Gambar ni cute. Iman pakai tudung ibu. Lagi dua bulan, umur Iman dah setahun.
Wednesday, January 30, 2008
Friday, January 11, 2008
meng, meng, meng, meng & daddy
Sekarang iman suka sebut perkataan meng, meng, meng, meng. Tak ada maksud apa-apa. Cuma dia suka sebut empat kali tu. Selalunya memang ada musim iman mencipta perkataan favorite. Macam pada usia 3 bulan dah boleh tiru bunyi kambing biri-biri, 5 bulan suka sebut "mamamamak".
Iman memang peramah. Jumpa sesiapa pun dia tegur, paling tidak pun bagi senyuman sampai tertutup mata. Kadang-kadang boleh sebut perkataan mudah yang ibu ajar contohnya air, bear, iman.
Iman memang peramah. Jumpa sesiapa pun dia tegur, paling tidak pun bagi senyuman sampai tertutup mata. Kadang-kadang boleh sebut perkataan mudah yang ibu ajar contohnya air, bear, iman.
Iman juga dah tahu sebut daddy. Selalunya pagi-pagi bila nak kejut daddy dia. Iman akan sebut diddy, diddy.. kecik jer suara iman.
Wednesday, January 2, 2008
Pakai stokin
Iman dah boleh kenal Stokin dan booties sendiri. Semalam ibu dan daddy nampak Iman cuba nak pakai stokin sendiri dan letak di kaki. Walaupun masih tak boleh disarungkan, tapi Iman dah faham stokin nak pakai di mana.
Wednesday, December 26, 2007
lentok kepala
Comel sangat!! Iman boleh lentok kepala ke kiri dan kanan. Yang ni dia Pak Su Amirul yang buat dan tak sangka Iman boleh ikut. 1st time ibu kesan kebolehan ni pada 30 November 2007 waktu malam ketika majlis kahwin.
Hari ni juga ada berita sedih. Siang tadi juga, moyang Iman (Siti Aminah) belah daddy telah kembali ke rahmatullah. Iman sofea ni kira cicit kedua yang sempat dilihat oleh arwah selepas Huzaifah Azmi yang dah usia dua tahun sekarang.
Tepuk tangan
Iman dah pandai tepuk tangan pada usia lapan bulan. Ibu pun tak perasan Iman belajar dari mana. Sedar-sedar 11/12/07 dia tepuk tangan sendiri.Kalau tak silap Iman belajar dari kartun Barney di saluran 603 ASTRO. Sebab tiap-tiap hari bila di rumah mesti buka saluran tu. Lepas dia pandai tepuk tangan baru dia belajar lagu "pok-pok amai" dari orang lain. Sekarang bila nyanyi lagu tu atau orang lain tepuk tangan, Iman dah pandai tiru.
Monday, December 10, 2007
Wednesday, November 28, 2007
Subscribe to:
Posts (Atom)