Wednesday, December 26, 2007

lentok kepala

Comel sangat!! Iman boleh lentok kepala ke kiri dan kanan. Yang ni dia Pak Su Amirul yang buat dan tak sangka Iman boleh ikut. 1st time ibu kesan kebolehan ni pada 30 November 2007 waktu malam ketika majlis kahwin.
Hari ni juga ada berita sedih. Siang tadi juga, moyang Iman (Siti Aminah) belah daddy telah kembali ke rahmatullah. Iman sofea ni kira cicit kedua yang sempat dilihat oleh arwah selepas Huzaifah Azmi yang dah usia dua tahun sekarang.

Tepuk tangan

Iman dah pandai tepuk tangan pada usia lapan bulan. Ibu pun tak perasan Iman belajar dari mana. Sedar-sedar 11/12/07 dia tepuk tangan sendiri.Kalau tak silap Iman belajar dari kartun Barney di saluran 603 ASTRO. Sebab tiap-tiap hari bila di rumah mesti buka saluran tu. Lepas dia pandai tepuk tangan baru dia belajar lagu "pok-pok amai" dari orang lain. Sekarang bila nyanyi lagu tu atau orang lain tepuk tangan, Iman dah pandai tiru.

Monday, December 10, 2007

Gambar Dec




Iman dah 8 bulan!! Gambar ni kat Hospital Sultanah Aminah JB. Melawat Balqis (sepupu iman) sakit.

Wednesday, November 28, 2007

bye-bye

Dah pandai lambai tangan. Kadang-kadang bila teringat dia sebut "bye".

Monday, November 26, 2007

Pak Ngah azrul & Mak Ngah sarah

Rumah Tok Wan di Rantau Panjang

Rumah Tok Wan di Kulim



Iman travel jauh ke Kg Sungai Batu, Kedah bermula 24/11/07 lagi. Ini Khas nak meraikan hari bahagia Pak Ngah Azrul. Sepanjang perjalanan Iman tak meragam pun. Mungkin Sebab Iman dah biasa jalan jauh. Selepas majlis tu Iman balik ke Kulim dan Sungai petani, duduk rumah Tok Wan dan Tok pulak. Balik ke Bangi semula 27/11/07.

Saturday, November 24, 2007

kerusi makan



Ibu dan daddy baru beli kerusi makan Iman. Lepas ni kita boleh makan sama-sama di meja. Beli di ikea dengan harga RM69. Kerusi ni warna putih. Stabil dan ada tali pinggang sekali. Nampak selesa bila Iman duduk.

Thursday, November 1, 2007

mamamia..mamamak

Iman dah pandai cakap! sekarang ni dia suka cakap mama..mama.. mamak. Selalunya memang tak lama dia cakap perkataan yang sama. Tak lama lagi iman ubahlah berkataan baru.